SIAPA yang tidak panik apabila tiba-tiba nama sendiri disebut meninggal dunia? Bayangkan sedang berada di sawah, tiba-tiba anda menerima berita bahawa orang ramai percaya anda sudah tiada.
Situasi menegangkan dan mengelirukan ini berlaku kepada seorang lelaki di sebuah daerah di Indonesia, yang kini menjadi perhatian ramai selepas insiden pelik dimuat naik Menurut perkongsian pengguna Threads, Mukidi_new pada Sabtu.
Tulisnya, kejadian bermula apabila lelaki berkenaan terdengar pengumuman di masjid dia meninggal dunia.
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki OKU mengamuk sebelum tetak moyang, tikam nenek hingga mati di Kedah
BACA LAGI: [VIDEO] Syif terakhir, pekerja kilang di China maut tak sempat selamatkan diri dihempap besi
Tidak dapat menahan rasa terkejut dan bimbang, dia segera meninggalkan sawah miliknya dan bergegas pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, dia sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran ramai jiran dan penduduk kampung yang sudah berkumpul.
Malah, khemah bagi majlis tahlil turut didirikan untuk upacara pengebumian yang belum pun berlaku.
“Lelaki itu sempat bertanya, ‘Mengapa saya disiarkan meninggal dunia?’,” kata Mukidi.
Kejadian itu turut mengejutkan ahli keluarganya yang tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku.
Mukidi menjelaskan kekeliruan itu berlaku akibat kesilapan identiti ketika penemuan jenazah.
Rupa-rupanya, jasad yang ditemui adalah milik seorang penduduk kampung bersebelahan, dan bukannya lelaki tersebut.
Insiden itu kini menjadi tular di media sosial, menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Ada yang terhibur dengan situasi lucu tetapi menegangkan itu, manakala sebahagian lain menekankan kepentingan pengesahan fakta sebelum membuat sebarang pengumuman rasmi.
Kejadian tersebut turut mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati dan tidak mudah panik dengan berita yang belum disahkan, terutamanya perkara sensitif seperti kematian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
