Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan besar di Klang


  • Kes
  • Khamis, 18 Dis 2025

Seorang lelaki maut selepas diserang dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan di Taman Sentosa, Klang pada Rabu.

SEORANG lelaki berusia 34 tahun maut selepas ditetak dengan senjata tajam dalam satu pergaduhan besar di Taman Sentosa, Klang, Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Comm Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui talian kecemasan MERS 999 pada pukul 11.10 malam.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

BACA LAGI : [VIDEO] Lelaki OKU mengamuk sebelum tetak moyang, tikam nenek hingga mati di Kedah

BACA LAGI : [VIDEO] Wanita batalkan perkahwinan angkara perangai tamak pengantin lelaki minta hantaran tak masuk akal

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintenden Mohamed Syahrir Zabidi di talian 012-665 0895 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di 03-3376 2222. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram