SEORANG wanita yang hilang sejak berusia tiga tahun pada 1983 akhirnya ditemui hidup selepas 40 tahun, manakala ibunya kini didakwa kerana kes culik di Amerika Syarikat baru-baru ini.
Michelle Newton, kini 46 tahun, diculik oleh ibunya, Debra Newton, pada April 1983 ketika mereka meninggalkan Louisville, Kentucky, dengan alasan ibunya akan memulakan pekerjaan baharu di Georgia.
Namun, ibu dan anak itu terus hilang tanpa khabar berita.
BACA LAGI: Lelaki maut ditetak dalam pergaduhan besar di Klang
Debra, 66, yang kemudian menggunakan nama Sharon Nealy, ditahan pada 24 November 2025 di The Villages, Florida, atas tuduhan gangguan penjagaan anak.
Rakaman kamera badan pihak berkuasa menunjukkan Debra terkejut apabila pegawai tiba di rumahnya, manakala seorang jirannya berseloroh, "Mereka datang untuk awak, Sharon!"
NEW: Woman arrested 40 years later for abducting a child as friend jokes, “Uh oh, they’re coming for you, Sharon”
A Kentucky girl who went missing 40 years ago was found living under a new name in another state
Michelle Newton, born in 1983, vanished from Louisville at age… pic.twitter.com/7ZA7RM3q5Z
— Unlimited L's (@unlimited_ls) December 17, 2025
Selepas penahanan itu, Michelle disatukan semula dengan bapanya, Joseph Newton.
Malah, Joseph sendiri meluahkan rasa gembira bertemu dengan anak perempuannya itu.
"Dia sentiasa berada di hati kami. Tidak dapat digambarkan perasaan dapat memeluk semula anak saya," kata Joseph.
Kes itu turut mencetuskan pencarian selama bertahun-tahun dan pernah dimasukkan dalam senarai '8 Kes Paling Dikehendaki' FBI bagi kes culik anak.
Difahamkan, pihak berkuasa menerima petunjuk baharu pada 2025 melalui Crime Stoppers yang mengenal pasti lokasi Debra di Florida.
Dalam perkembangan terbaharu, Debra didakwa di mahkamah Louisville dan dibebaskan selepas bon dibayar oleh ahli keluarga.
Michelle hadir bersama bapanya semasa prosiding itu dan berkata, niatnya adalah untuk menyokong kedua-dua pihak agar kedua-duanya menemui penghujung yang baik.
Setakat ini, pihak berkuasa dan peguam Debra belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.
Terdahulu, tular satu video sejak Rabu rakaman kamera badan pihak berkuasa menahan Debra di depan rumahnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
