SUAMI pelakon filem 2 Fast 2 Furious didakwa berdepan pertuduhan jenayah langgar lari selepas dipercayai melanggar seorang penunggang skuter sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian di Florida Selatan, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
James Bailey, 40, yang juga seorang pelabur terkenal dan suami Devon Aoki dituduh melakukan kesalahan itu dalam satu insiden di Coral Gables pada Isnin lalu.
Menurut Jabatan Polis Coral Gables, Bailey dipercayai memandu sebuah Audi SQ7 ketika melanggar seorang lelaki yang menunggang skuter di lintasan pejalan kaki di persimpangan Douglas Road dan Giralda Avenue, kira-kira pukul 5.15 petang.
BACA LAGI: [VIDEO] Cubaan beli barang kemas RM30,000 guna wang palsu warna putih di Terengganu gagal
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki OKU mengamuk sebelum tetak moyang, tikam nenek hingga mati di Kedah
Teman wanita mangsa memaklumkan kepada polis bahawa kaki teman lelakinya tersepit di bawah tayar kanan kenderaan dan dia merayu agar pemandu mengundurkan kenderaan untuk melepaskan kaki mangsa.
NEW: Husband of “2 Fast 2 Furious” star Devon Aoki accused of running over the foot of a scooter rider and fleeing the scene
James Bailey, 40, is accused of hitting a scooter rider in a crosswalk in Miami
The collision left the victim with serious injuries, including two… pic.twitter.com/2TbW2zXeWl
— Unlimited L's (@unlimited_ls) December 18, 2025
Bagaimanapun, polis mendakwa Bailey meneruskan pemanduan tanpa memberikan bantuan atau melaporkan kemalangan, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius termasuk dua patah tulang kaki.
Polis berkata kenderaan Audi itu dikesan menerusi beberapa sistem pembaca nombor pendaftaran automatik dan kamera polis.
Siasatan membawa pegawai ke kediaman mewah Bailey dan Aoki.
Ketika kejadian, Aoki dilaporkan tidak mengetahui keberadaan suaminya atau kenderaan itu ketika pihak polis tiba.
Namun, ketika polis bersedia beredar, Bailey pulang dengan kenderaan terbabit sebelum melarikan diri masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu hadapan selepas diarahkan berhenti oleh pegawai polis.
Audi itu juga dilaporkan mengalami kerosakan kecil yang konsisten dengan perlanggaran melibatkan skuter milik mangsa.
Beberapa minit kemudian, Bailey keluar dari rumah dan akhirnya ditahan, menggunakan haknya untuk berdiam diri ketika disoal siasat.
Devon Aoki terkenal menerusi watak Suki dalam filem 2 Fast 2 Furious yang ditayangkan pada 2003, lakonan bersama mendiang Paul Walker.
Terdahulu, tular beberapa video dan gambar memaparkan Bailey memandu sebuah SUV Audi SQ7 ketika melanggar seorang lelaki yang menunggang skuter di lintasan pejalan kaki di persimpangan Douglas Road dan Giralda Avenue. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
