Suka main solo, Mo Salah dituduh jadi punca bintang mahal Liverpool 'flop'


  • Podium
  • Khamis, 20 Nov 2025

Wirtz (kiri) masih mencari-cari prestasi terbaiknya di Liverpool.

MUSIM ini menjadi detik sukar buat Liverpool apabila mereka mengalami masalah untuk mengekalkan prestasi dalam mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dengan prestasi Mohamed Salah juga merudum, Liverpool seakan-akan hilang punca dengan mereka tidak memperoleh gol-gol yang diperoleh daripada pemain tersebut.

Akan tetapi, Salah juga sebenarnya dipersalahkan atas kegagalan pemain baharu, Florian Wirtz untuk menyerlah di Anfield.

BACA LAGI: [VIDEO] Seorang wanita pengsan, 373 penumpang cemas monorel tiba-tiba terkandas di tengah KL

BACA LAGI: Ketajaman beraksi di tempat lawan, penyerang JDT-Kuching-NSFC gemar buat penyokong tuan rumah 'menangis'

Salah dituduh menjadi punca kenapa prestasi Wirtz merudum.

Laporan di Jerman menyebut, Salah dikatakan menjadi sebab kenapa Wirtz yang merupakan pemain kedua termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris tidak dapat menyerlah di EPL.

Dikatakan, corak permainan Salah yang sering bermain secara solo menyebabkan Wirtz tidak berjaya menyerlah setakat ini.

"Salah si pemain solo menjadi masalah kepada Wirtz dan Liverpool. Salah semakin hari semakin menjadi masalah besar buat Liverpool dan Wirtz.

"Dapat dilihat yang dia tidak mengendahkan Wirtz dan pemain baharu yang direkrut pada musim panas untuk mereka menyinar bersama kelab," kata surat khabar terkenal Jerman, Bild.

Dalam masa yang sama, Salah dilihat merupakan seorang pemain yang memilih terutamanya dalam melakukan bantuan gol.

Hal ini kerana, pemain tersebut dikatakan lebih gemar memberikan bantuan gol kepada rakan sepasukan yang sudah lama bersamanya.

"Salah sudah melakukan tiga bantuan gol musim ini, semuanya mendorong kepada jaringan yang dilakukan oleh pemain yang sudah bersama kelab bagi tempoh lama.

"Dia adalah raja kepada sang juara, tapi dia kelihatan sedang menghalang kepada permulaan baharu mereka yang gemilang. Sekali gus, dia sedang menghalang penggantinya di barisan serangan iaitu Wirtz untuk menyinar."

Perjuangan Liverpool dalam EPL diteruskan dengan mereka berdepan Nottingham Forest pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram