KATA orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Itulah yang kita akan dapat apabila mula menjelajah dunia dan mengenali budaya dari negara lain.
Dari situ, kita akan lihat yang setiap negara mempunyai budaya berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia.
Ada budaya atau norma setempat itu positif, tapi tidak kurang juga yang negatif hingga memberi pengalaman buruk apabila mengunjungi destinasi tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Seorang wanita pengsan, 373 penumpang cemas monorel tiba-tiba terkandas di tengah KL
Menurut perkongsian eyrafazureen di laman Threads, pengalamannya melancong ke Medan, Indonesia berdepan satu situasi sukar terutamanya apabila hendak makan di restoran setempat.
Katanya, merokok sambil makan di dalam restoran adalah perkara normal di Medan hinggakan ia menimbulkan rasa tidak selesa.
"Pergi Medan tempoh hari terus kena kejutan budaya, sebabnya orang merokok dalam kedai bukan main ramai.
"Dengan bau asap punyalah kuat, sumpah rasa tak selesa," katanya.
Kesukaran dialaminya untuk menikmati makanan semasa bercuti di Indonesia membuatkan dia berasa keadaan lebih baik di Malaysia.
Dengan terdapat larangan merokok di premis makanan, ia membuatkan semua pihak berasa selesa untuk makan tanpa sebarang gangguan asap rokok berbahaya.
"Bersyukur betul duduk di Malaysia, orang tak boleh hisap rokok di tempat makan.
"Baru perasan nikmatnya makan di Malaysia tanpa asap rokok," ujarnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
