Krisis pertahanan tengah The Gunners, kehilangan Gabriel ujian besar Arsenal buru gelaran EPL


  • Podium
  • Jumaat, 21 Nov 2025

Gabriel (tengah) mengalami kecederaan semasa tugasan bersama skuad Brazil.

ARSENAL berdepan dugaan dalam misi mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mereka diuji dengan kecederaan pertahanan tengah utama mereka iaitu Gabriel Magalhaes.

Tanpa Gabriel, Arsenal perlu mengharapkan pemain lain untuk bergandingan dengan William Saliba di saat The Gunners berdepan cabaran sukar pada Disember.

Ia jelas menguji Arsenal ditambah mereka masih kehilangan ketua pasukan iaitu Martin Odegaard dalam misi akhirnya bergelar juara EPL.

BACA LAGI: Ketajaman beraksi di tempat lawan, penyerang JDT-Kuching-NSFC gemar buat penyokong tuan rumah 'menangis'

BACA LAGI: Mo Salah dituduh jadi punca bintang mahal Liverpool 'flop'

Hilang ketika aksi pentng

Kehilangan Gabriel jelas signifikan buat Arsenal kerana mereka akan berdepan beberapa aksi penting semasa November dan Disember.

Aksi penting pertama Arsenal adalah mereka berdepan jiran tetangga, Tottenham Hotspur pada pagi Isnin (24 November), waktu Malaysia.

Ini bukan kali pertama Gabriel cedera.

Ujian tidak berakhir di situ apabila mereka turut berdepan satu lagi kelab London, Chelsea pada 1 Disember sambil beberapa lagi aksi penuh cabaran.

Antaranya adalah berdepan Brentford, Aston Villa serta Bournemouth pada awal Januari.

Januari adalah penentu

Menurut laporan, kehilangan Gabriel akan menyebabkan Arsenal tempang sehingga Januari.

Namun begitu, tarikh rasmi tidak ditentukan lagi sama ada dia akan kembali pada awal atau mungkin pada pertengahan bulan tersebut.

Mikel Arteta harus bijak menguruskan situasi Gabriel.

Jika tempoh Gabriel pulih tertangguh, Arsenal perlu menunggu lebih lama dan itu pasti tidak ideal untuk Mikel Arteta kerana Disember dan Januari adalah waktu penting dalam penentuan merebut gelaran EPL.

Sudah pasti, Arsenal perlu mengeluarkan pelan untuk memastikan mereka tidak mudah tergugat sekali gus mengulangi sindrom sering dialami semasa Disember.

Detik penting kelab

Dengan Arsenal merupakan kelab pilihan untuk memenangi EPL musim ini selepas kejatuhan prestasi ditunjukkan Liverpool, mereka tiada alasan lagi untuk tidak meraihnya.

Namun, kecederaan Gabriel itu boleh menjadi detik penting kepada musim Arsenal yang sudah sekian lama tidak menikmati kejuaraan liga.

LONDON, ENGLAND - OCTOBER 26: Eberechi Eze of Arsenal celebrates scoring his team's first goal with teammates Jurrien Timber, Viktor Gyoekeres and Bukayo Saka during the Premier League match between Arsenal and Crystal Palace at Emirates Stadium on October 26, 2025 in London, England. (Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

Arsenal adalah calon utama memenangi EPL.

Jika Arsenal dapat menguruskan situasi ini dengan baik terutamanya semasa Disember dan Januari, pastinya kejuaraan dapat diperoleh pada hujung musim.

Akan tetapi, seandainya ia tidak diuruskan dengan baik, Arsenal perlu bersedia dengan satu lagi musim tanpa gelaran liga buat mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram