[VIDEO] Sampai 3 jam terlelap dalam gimnasium, remaja wanita China hanya tersedar lepas 'diselimutkan' abang sado


  • Benua
  • Ahad, 19 Okt 2025

Wanita itu hanya tersedar selepas seorang pengunjung gimansium lelaki menutup tubuhnya menggunakan tikar senaman.

SEBUAH insiden mencuit hati direkodkan kamera litar tertutup dalam sebuah gimnasium sekitar daerah Fujian, China apabila seorang remaja wanita terlelap ketika melakukan senaman.

Dalam video dikongsikan hyman2 menerusi aplikasi Douyin, pengunjung terbabit pada awalnya sedang melakukan regangan 'sit-up' di atas tikar senaman secara berseorangan.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut membuang masa dengan telefon untuk seketika sebelum kembali menyambung senaman ringan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Transformasi bangsal usang, berdebu usia 25 tahun jadi gimnasium mini, tingkap 'lukisan' signatur utama

BACA LAGI: Remaja obses bina badan cenderung alami kesunyian — Pakar

Namun, selepas itu, dia kelihatan terbaring dan melelapkan mata meskipun keadaan dalam gimnasium tersebut agak riuh dengan beberapa pengunjung lain sibuk bersenam.

Lebih melucukan lagi, remaja yang tertidur tersebut akhirnya didatangi seorang lelaki dipercayai kakitangan premis itu yang menyelimutkan wanita tersebut menggunakan tikar senaman.

Tindakan itu berjaya mengejutkan wanita berkenaan yang kelihatan agak terkejut kerana keadaan gimnasium sudah dipenuhi orang ramai berbanding ketika sebelum dia terlelap.

Wanita berkenaan dipercayai tertidur untuk kira-kira tiga jam kerana jam di CCTV pada mulanya berada pada kira-kira pukul 4.30 petang sebelum dia dikejutkan pada pukul 7.30 petang.

Rakaman tersebut kemudiannya dikongsikan dalam pelbagai platform media sosial dengan orang ramai tertarik bagaimana remaja itu boleh tertidur meskipun keadaan di gimnasium mula meriah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram