
SEORANG lelaki berusia 21 tahun hanyut selepas terjun dari sebuah jambatan ke dalam Sungai Yamuna terletak di Baghpat, Uttar Pradesh dekat India hanya kerana dicabar rakan-rakannya.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 5 September lalu ketika mangsa yang dikenali sebagai Mohd Junaid berbuat demikian untuk mendapatkan Rs500 (RM23) dipertaruhkan.
Dia yang bekerja sebagai buruh harian di perkampungan Niwada tidak berfikir panjang sebelum terjun ke dalam sungai berkenaan meskipun arus sedang deras ketika itu.
BACA LAGI: Merantau lebih 5,000km ke Banten, 'lamaran' vlogger dari India ditolak gadis Indonesia
BACA LAGI: [VIDEO] Jururawat India bertarung nyawa, sanggup redah sungai deras demi vaksin bayi baru lahir
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Junaid apabila dia gagal melawan arus untuk ke tebing dan dihanyutkan dengan insiden tersebut dirakam rakan-rakannya di atas jambatan.
Insiden itu kemudian menerima perhatian pihak berkuasa dengan polis dan Pasukan Tindak Balas Bencana Negara (NDRF) melancarkan operasi mencari dan menyelamat.
Namun, selepas kira-kira sebulan kejadian berlaku, Mohd Junaid masih belum ditemukan dengan terdapat kemungkinan besar dia sudah meninggal dunia akibat lemas.
Kehilangan mangsa sudah tentu memberi impak besar terhadap keluarga dengan abangnya, Javed menyalahkan rakan-rakannya yang mencabar adiknya membuat tindakan berbahaya itu.
"Mereka mencabar adik saya untuk berenang dalam arus deras itu hanya untuk RM23. Mereka juga berjanji akan terjun dengan kata-kata itu membuatkannya rasa tercabar," kata abangnya itu.
Javed turut menyatakan rakan-rakannya melarikan diri dari lokasi kejadian selepas menyedari Junaid tidak dapat berenang kerana masing-masing panik dan berasa cemas.
Insiden tersebut turut menerima perhatian penduduk setempat yang mahu tahap keselamatan dipertingkatkan di tebing dan jambatan Sungai Yamuna agar kes sedemikian tidak lagi berulang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram