[VIDEO] Buka tali keselamatan ketika 'selfie', pendaki maut jatuh dari Gunung Nama


  • Benua
  • Selasa, 30 Sep 2025

Tangkap layar seorang pendaki tergelincir lalu terjatuh sejauh 200 meter sebelum meninggal dunia di Gunung Nama. — Agensi

NIAT seorang pendaki untuk merakam swafoto (selfie) di puncak Gunung Nama, Sichuan, China berakhir tragedi apabila dia tergelincir lalu terjatuh sejauh 200 meter sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam insiden pada 25 September lalu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Mr. Hong dipercayai membuka tali keselamatannya berhampiran rekahan salji semata-mata mahu mengambil gambar di ketinggian 5,588 meter.

Rakannya mendakwa, mangsa tidak menggunakan kapak ais ketika itu dan gagal mengawal diri selepas hilang keseimbangan di cerun curam sebelum tergelincir dan jatuh ke bawah.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya hanya mahu keadilan untuk kawan saya', gadis rekod video jelaskan isu gaji, tak nafikan majikan seorang wanita yang baik

BACA LAGI: [VIDEO] Tak pulang ke rumah seminggu, penemuan mayat wanita dalam Navara di Setapak tiada unsur jenayah

[KLIK GAMBAR UNTUK TONTON VIDEO]

Lebih memilukan, detik cemas itu turut dirakam dalam video yang kini tular di media sosial apabila kelihatan mangsa berpakaian merah meluncur laju menuruni cerun ketika rakan-rakannya hanya mampu menjerit panik.

Gunung Nama yang menjadi puncak satelit kepada Gunung Gongga memang terkenal dengan pemandangan memukau tetapi turut menyimpan bahaya kepada pendaki yang leka.

Menurut pihak berkuasa, kumpulan pendaki itu tidak memohon permit atau melaporkan aktiviti mereka sebelum kejadian, sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum mayatnya dibawa turun ke Pekan Gunung Gongga untuk urusan lanjut bersama keluarga. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram