[VIDEO] Beberapa negara keluar amaran tsunami lepas gempa 6.4 magnitud gegar persisir pantai Venezuela


  • Benua
  • Khamis, 25 Sep 2025

Beberapa kerosakan dapat disaksikan, namun tiada infrastruktur rosak terus akibatnya.

GEMPA bumi berukuran 6.4 magnitud dilaporkan berlaku di persisiran pantai Venezuela yang turut dirasakan beberapa daerah termasuk di ibu negara mereka, Caracas.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang kematian dan kerosakan infrastruktur berlaku meskipun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi menunjukkan berapa teruknya bencana alam itu.

Ini termasuk sebuah video yang mula tular memaparkan pelanggan dan pengusaha sebuah kedai runcit bertempiaran menyelamatkan diri sementara barangan di atas rak bertebaran.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan perang tapi AS mahu hapus kartel di Venezuela

BACA LAGI: [VIDEO] Taufan Beryl: Naib Presiden Venezuela cedera, 7 maut

Rakaman itu memaparkan beberapa siri gegaran menimpa negara Amerika Selatan tersebut, namun tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan mengenainya.

Kejadian turut menimpa negara jiran Venezuela, termasuk Colombia yang memaksa orang ramai mengosongkan bangunan walaupun gegaran tidaklah terlalu kuat.

Gegaran tersebut menyaksikan negara-negara seperti Rusia dan beberapa yang lain di Asia Pasifik mengeluarkan amaran tsunami kerana ia berlaku sekitar persisiran pantai.

Ini bukanlah kali pertama gempa bumi melanda Venezuela kerana pada 1997, gegaran berukuran 6.9 magnitud yang menyaksikan sebanyak 73 nyawa terkorban.

Pada 2018 pula, gegaran berukuran 7.2 magnitud turut dirasakan sekitar persisiran pantai Venezuela dengan jumlah angka terkorban adalah mencecah 400 nyawa.

Kedua-dua bencana alam itu menyaksikan beberapa mercu tanda sekitar negara berkenaan mengalami kerosakan teruk sehingga memaksa kerajaan mengeluarkan jutaan ringgit bagi memperbaiki infrastruktur. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram