Perjalanan pengantin tertangguh, 19 wanita, kanak-kanak maut bas terjunam dalam sungai di Nigeria


  • Benua
  • Isnin, 15 Sep 2025

Bas yang membawa rombongan keluarga pengantin terjunam ke dalam sungai di utara Nigeria. — AP

SEKURANG-KURANGNYA 19 wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila sebuah bas yang menyertai rombongan perkahwinan terjunam ke dalam sungai di utara Nigeria, kata jurucakap kesatuan dan penduduk pada Ahad.

Kejadian berlaku pada petang Sabtu apabila pemandu memberhentikan bas di sebuah jambatan yang sebahagiannya telah runtuh.

Bas itu kemudiannya dipercayai mengundur lalu terjatuh ke dalam sungai, kata pegawai Kesatuan Pekerja Pengangkutan Jalan Nigeria (NURTW), Abubakar Muhammed, kepada AFP.

BACA LAGI: [VIDEO] Menteri Kesihatan Sweden rebah pada hari pertama bertugas

BACA LAGI: [VIDEO] Rasuah, sekat media sosial cetus amarah Gen Z gulingkan kerajaan, isteri bekas PM Nepal antara korban

Bas berkenaan merupakan sebahagian daripada konvoi pengantin yang mengiringi mempelai perempuan ke rumah suaminya sebelum terbabas berhampiran kampung Fass di negeri Zamfara.

Laporan The Guardian menyebut, pemandu bas terbabit dipercayai terlupa menarik brek tangan.

Bas itu dikatkan dalam perjalanan menuju ke Jega di negeri jiran, Kebbi. 

Penduduk Fass turut mengesahkan korban kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di Nigeria berikutan keadaan jalan yang teruk. 

Statistik keselamatan jalan raya persekutuan merekodkan 9,570 kemalangan dengan 5,421 kematian sepanjang tahun lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram