[VIDEO] Kemarahan rakyat Nepal tak terkawal, Menteri Kewangan 'dihambat' sampai ke sungai


  • Benua
  • Selasa, 09 Sep 2025

Paudel (kiri) dihambat oleh rakyat Nepal sehingga ke dalam sungai.

KEMARAHAN rakyat Nepal terhadap kerajaan mereka nyata tidak dapat dibendung.

Selepas melakukan tunjuk perasaan sehingga membakar bangunan Parlimen mereka pada Isnin, golongan remaja Nepal mula menghambat pemimpin mereka.

Salah seorang pemimpin yang menjadi sasaran adalah Menteri Kewangan iaitu Bishnu Paudel.

BACA LAGI: [VIDEO] Bangkit seperti Indonesia, ribuan pemuda Nepal lancar demonstrasi bakar Parlimen

BACA LAGI: Masalah kesihatan mental semakin meningkat dalam kalangan ibu baharu di Nepal

Memetik laporan di Nepal, Paudel menjadi sasaran kemarahan rakyat akibat isu rasuah yang cukup tinggi.

Dalam sebuah rakaman yang tular, Paudel dilihat dihambat oleh rakyatnya sendiri sehingga ke dalam sungai kerana tidak puas hati terhadapnya.

Malah, terdapat laporan yang Paudel dikejar di sepanjang jalanan ibu negara Nepal iaitu Kathmandu sambil dipukul dan ditendang oleh penunjuk perasan.

Ketika di sungai, dia terus dipukul oleh penunjuk perasaan sambil ditonton oleh ramai rakyat Nepal yang marah kepadanya.

Rakyat Nepal, terutamanya golongan remaja turun ke jalanan bagi membantah keputusan kerajaan menyekat penggunaan media sosial.

Tindakan itu dibuat kerana kerajaan Nepal ingin mengawal buli siber yang begitu teruk dengan penyebaran mesej kebencian dan penipuan dalam talian berleluasa tanpa sekatan.

Namun begitu, tindakan tersebut tidak disenangi oleh rakyat Nepal dengan mereka beranggapan lebih baik kerajaan berusaha mengatasi rasuah.

Perdana Menterinya, Sharma Oli sudah melepaskan jawatannya pada Selasa rentetan tunjuk perasaan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram