‘Rahsianya bersabar’, 2 tahun teruk dikecam fans Selangor, Quentin Cheng kini ada ‘gaya’


  • Podium
  • Khamis, 11 Sep 2025

Cheng (kiri) kini semakin meningkat kualiti permainannya.

 

 

SEBELUM ini, Quentin Cheng mungkin sering menerima kritikan terutamanya oleh penyokong Selangor FC semasa beraksi untuk tugasan liga domestik.

Namun itu adalah cerita lama, kini pertahanan kanan Gergasi Merah itu semakin menyerlah dan menjadi antara yang terbaik di negara ketika ini.

Malah, ketika mewakili Harimau Malaya dengan bermain sebagai bek sayap (wing-back), Cheng berjaya menjalankan tugas tersebut dengan baik.

BACA LAGI: 'Wahai Selangor dan Terengganu, manfaatkanlah tempoh rehat di padang latihan'

BACA LAGI: [VIDEO] Dah lama dikaitkan, kenapa Selangor belum sambar Ilhan Fandi?

Cheng sebelum ini sering dikritik kerana prestasi tidak menentunya.

Sebelum ke tahap ini, Cheng pernah berdepan situasi sukar apabila dia sering dikritik penyokong Selangor kerana masalah prestasinya terutama pada musim 2023.

Sejak itu, Cheng mula meningkatkan prestasinya dan dia mula meraih sokongan penyokong Selangor dan kini, 'ekor' Harimau Malaya turut teruja melihat persembahannya.

Salah satu kuncinya adalah untuk sentiasa bersabar kerana bagi Cheng, perkara tersebut sangat penting dalam memastikan kariernya berjaya.

"Saya rasa saya sentiasa bersabar dan percaya pada proses. Bekerja keras setiap hari adalah perkara wajib dan saya rasa saya berjaya kembangkan pemahaman mengenai posisi (saya) selepas beberapa tahun.

"Posisi bek sayap sangat sesuai dengan kualiti saya. Saya menikmati kebebasa untuk mengambil risiko dan menyerang dan saya harap dapat menyumbang pada perlawanan akan datang.

"Peter Cklamovski dan barisan kejurulatihan yang lain sangat profesional dan mempunyai standard yang tinggi. Jadi, ia terpulang kepada para pemain.

"Mereka memberikan arahan yang jelas dan mereka sentiasa memberi motivasi untuk lakukan yang terbaik," ujarnya.

Sebagai rekod, Cheng kini sudah melakukan 11 penampilan bersama Harimau Malaya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram