
RIBUAN pemuda Nepal turun ke jalanan untuk melancarkan demonstrasi untuk membantah tindakan kerajaan mereka mengenai isu rasuah dan sekatan terhadap media sosial.
Kejadian yang berlaku pada Isnin menyaksikan ribuan anak muda Nepal berarak menuju bangunan parlimen negara itu sebelum pihak berkuasa menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk meleraikan tunjuk perasaan.
Namun begitu, mereka yang turun melakukan protes tetap berdegil dengan cuba untuk menembusi halangan yang dibuat oleh pihak berkuasa dekat bangunan parlimen.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak tahan diejek, pemuda berang tetak leher murid Tahun 4 di Indonesia
Kemarahan dalam kalangan golongan muda Nepal berpunca daripada keputusan kerajaan untuk menyekat media sosial yang dikatakan bermula minggu lalu.
Kerajaan bertindak demikian untuk menentang masalah buli siber yang begitu teruk di negara tersebut kerana kewujudan banyak akaun palsu yang menyebarkan kebencian, penipuan serta jenayah menerusi pelbagai platform.
Tindakan itu membangkitkan kemarahan golongan remaja Nepal dengan mereka menyampaikan mesej seperti, "Tamatkan rasuah, bukan media sosial" dan "anak muda mementang rasuah" ketika protes akibat masalah korupsi yang tinggi di Nepal.
Berdasarkan laporan, seramai 19 orang terkorban akibat protes yang dilakukan.
Untuk mengawal situasi tegang, pihak keselamatan Nepal mengenakan perintah berkurung dengan orang ramai dilarang keluar daripada rumah sehingga 10 malam.
"Kami telah mengenakan perintah berkurung yang akan berkuat kuasa sehingga jam 10 malam waktu tempatan bagi mengawal keadaan selepas para penunjuk perasaan mula bertindak liar,” kata jurucakap Pejabat Daerah Kathmandu, Muktiram Rijal.
Mereka mengaku tindakan turun ke jalanan adalah inspirasi daripada tindakan rakyat Indonesia yang membuat perkara serupa hingga membakar bangunan parlimen mereka pada penghujung Ogos.
Akibat daripada demonstrasi tersebut, Perdana Menteri Nepal, Khadga Prasad Sharma Oli meletakkan jawatannya.
Dia bertindak demikian selepas penunjuk perasaan mula mensasarkan bangunan awam serta kediaman para menteri selepas 19 orang terkorban.
Kediamann Oli turut menjadi sasaran dengan pejabat partinya, Parti Kongres Nepal sudah dibakar oleh rakyat.
Angkatan tentera negara itu menggunakan helikopter untuk membawa para menteri ke tempat lebih selamat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram