Inkues Zara Qairina: Simulasi polis sepadan senario mangsa jatuh tanpa ditolak


  • Kes
  • Selasa, 09 Sep 2025

Simulasi polis mendapat senario yang sepadan adalah Zara Qairina jatuh tanpa ditolak.

SIMULASI pihak polis mendapati senario pelajar tingkatan 1, Zara Qairina Mahathir jatuh adalah serupa dengan ketika ia berlaku tanpa ditolak.

Saksi kelima bagi inkues kes tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian D10 (Forensik) Ibu Pejabat Polis Sabah, Inspektor Maidon Bernandus berkata simulasi tersebut di buat sekitar 3 pagi pada 3 Ogos di tempat kejadian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah.

Maidon memberitahun Mahkamah Koroner pada Selasa di hadapan Hakim Koroner Amir Shah Amir Hassan yang simulasi dilakukan bersama pegawai penyiasat, empat lagi pegawai D10 Polis Sabah, wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Papar serta warden asrama.

BACA LAGI: Punca kematian Zara Qairina akibat kecederaan otak traumatik teruk – Saksi

BACA LAGI: Tiada tanda penderaan pada tubuh Zara Qairina — Saksi

"Simulasi dijalankan di luar koridor berdekatan tandas tingkat tiga menggunakan patung ujian seberat 10 kilogram berserta berat tambahan iaitu 53 kilogram, menyamai anggaran berat mangsa.

"Patung itu dilepaskan dalam dua senario, pertama tanpa ditolak dan kedua dengan tolakan secara minima," katanya.

Maidon berkata simulasi pertama adalah paling menyerupai dengan foto tempat kejadian da posisi di mana si mati ditemukan di tingkat bawah blok asramanya pada 16 Julai.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai. — The Star/SANDRA SOKIAL

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram