
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump bersetuju untuk mengumumkan kadar tarif baharu yang melibatkan Malaysia pada Jumaat (1 Ogos), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Trump menerusi satu panggilan telefon pada pagi Khamis (31 Julai).
“Selepas perbualan kami, beliau membuat keputusan untuk menangguhkan pengumuman kadar tarif kepada esok (Jumaat).
BACA LAGI: Graduan perguruan tolak penempatan pertama boleh dikenakan tindakan disiplin — Fadhlina
BACA LAGI: Telur gred khas diperkenal, harga lebih munasabah untuk rakyat
Anwar (tengah) menyaksikan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet (kiri) bersalaman dengan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai (kanan) selepas Mesyuarat Khas Bersama di Kompleks Seri Perdana.
"Insya-ALLAH, langkah ini akan membantu kita dan tidak membebankan ekonomi negara,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.
Tambah Anwar, perbincangan tarif tersebut dibuat berlandaskan prinsip perdagangan bebas dan beliau menyuarakan harapan agar hubungan dagang Malaysia–Amerika kekal terbuka dan saling menguntungkan.
Dalam perbualan sama, Trump turut memaklumkan kesediaannya untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 yang dijadual berlangsung Oktober ini.
“Saya kata, baiklah, Tuan Presiden. Saya akan maklumkan perkara ini di Parlimen,” kata Anwar kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Sementara itu, Anwar turut memaklumkan bahawa Trump mengucapkan tahniah kepadanya atas peranan sebagai orang tengah dalam krisis antara Thailand dan Kemboja.
“Ini hasil konsensus Asean serta sikap positif kedua-dua negara, selain kerjasama yang ditunjukkan oleh Amerika Syarikat dan China, khususnya Trump dan Xi Jinping,” tambah Anwar. — The Star/ARRENCE TAN/ARFA YUNUS/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram