Trump tuntut hukuman mati untuk semua kes bunuh di Washington DC


  • Benua
  • Rabu, 27 Ogos 2025

Donald Trump mahu hukuman mati dijalankan semula di Washington D. C.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menuntut agar hukuman mati dikenakan kepada individu yang membunuh orang di Washington D.C.

Memetik laporan media di AS, Trump memaklumkan perkara itu kepada barisan pentadbirannya pada Selasa susulan kadar jenayah bunuh cukup tinggi terutamanya di ibu negara.

Kata Trump, dia bersedia menempatkan 2,000 anggota pengawal keselamatan di Washington dengan presiden itu berkemungkinan meletakkan badan serupa di kawasan pembangkang seperti Baltimore, New York dan Chicago.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi berani pekerja tarik tali tunda elak pesawat pejuang MiG-29A rosak teruk

BACA LAGI: Kecewa tak dapat wang dan motosikal, 2 kali pemuda bakar rumah ibu di Kota Lubuklinggau

"Jika seseorang membunuh di ibu negara, Washington D.C., kami akan mengenakan hukuman mati dan itu cara pencegahan yang kukuh. Saya pasti semua akan setuju.

"Di Washington D.C., pihak negeri perlu membuat keputusan mereka sendiri. Tapi kalau seseorang membunuh seseorang, ia adalah hukuman mati, OK?

"Washington D. C akan menjadi bandar bebas jenayah," ujar Trump.

Hukuman mati terhadap jenayah bunuh di Washington dimansuhkan pada 1981 dengan kali terakhir ia dikenakan kepada pesalah pada 1957.

Kini, hukuman paling berat untuk kesalahan bunuh di ibu negara AS adalah hukuman penjara dengan peluang untuk dibebaskan secara bersyarat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram