
PELBAGAI helah akan dilakukan mana-mana penjenayah dalam usaha mengaburi mata pihak berkuasa meskipun tindakan diambil kadang-kala terpaksa melanggar undang-undang dan peraturan.
Bagaimanapun, ada juga tipu daya diambil yang kadang-kala sukar dipercayai keberkesanannya, tetapi berjaya membantu seseorang melepaskan diri dari diburu.
Situasi itu dihadapi seorang banduan yang berjaya melarikan diri ketika dibawa ke hospital dengan menyorok dalam tong sampah dalam kawasan kejiranan berhampiran.
BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat 'bunker' Trump dikesan aktif, cetus amaran tercetus perang nuklear
BACA LAGI: [VIDEO] Penghantar piza jadi hero sanggup redah api selamatkan 5 mangsa kebakaran di AS
Banduan berkenaan, Shon Alick Jolivette dikenakan hukuman di penjara sekitar St Landry Parish, Louisiana, Amerika Syarikat atas pelbagai kesalahan seperti rompakan bersenjata dan pemilikan senjata api tidak berlesen.
Namun, ketika hendak diberikan rawatan kesihatan di hospital berhampiran pada Khamis lalu, banduan berusia 47 tahun itu berjaya melarikan diri sehingga memaksa tiga buah sekolah ditutup.
Tindakan tersebut terpaksa diambil bagi membolehkan pihak berkuasa memburu suspek yang dikhuatiri mencederakan kanak-kanak serta orang ramai yang tidak bersalah.
Usahanya untuk melarikan diri bagaimanapun pantas dipatahkan selepas pihak berkuasa menerima maklumat daripada penduduk setempat yang berjaya mengesan kedudukan banduan itu.
Tetapi, apa yang menarik mengenai usaha pihak polis adalah apabila sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Jolivette hampir dikesan ketika berada di halaman salah sebuah rumah.
Banduan terlepas itu sudah dikembalikan ke penjara dengan kes tersebut sedang disiasat. — KLFY 10 News
Dalam rakaman itu, banduan terbabit sempat menyorok dalam tong sampah sebelum beberapa anggota polis yang membawa anjing pengesan memasuki kawasan perumahan berkenaan.
Namun, keberadaannya di sekitar kediaman terbabit gagal dikesan dengan pihak berkuasa kemudian beredar untuk meluaskan kawasan carian suspek.
Rakaman itu bagaimanapun diserahkan pemilik rumah, Spencer Simon kepada polis yang akhirnya berjaya menahan Jolivette dengan siasatan masih diteruskan.
Meskipun kes tersebut tidak menjadi lebih teruk, rakaman CCTV itu masih mencuit hati sesetengah pihak yang kagum bagaimana tindakan mudah sebegitu dapat membantu dalam meloloskan diri daripada dikesan.
Tidak cukup dengan itu, ada pula menyamakan keadaan tersebut seperti adegan kartun apabila penjenayah menggunakan taktik licik dalam usaha membebaskan diri dari tahanan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram