
PESAWAT antinuklear tentera udara Amerika Syarikat (AS), dikesan mendarat di Washington DC, sekali gus mencetuskan spekulasi Presiden Donald Trump mungkin akan mengheret negara itu menyertai perang Israel-Iran.
Pesawat E-4B atau digelar sebagai Nightwatch itu mempunyai keupayaan kalis serangan nuklear, antiserangan gelombang elektrik (EMP) dan mampu terbang selama 12 jam tanpa perlu mengisi minyak.
Laporan menyebut pesawat itu mendarat di Pangkalan Udara Joint Base Andrew di Maryland pada Selasa selepas berlepas dari Pangkalan Udara Barksdale di Shreveport, Louisiana.
BABACA LAGI: [VIDEO] Konflik Iran-Israel makin tegang, kapal perang AS dikerah ke Timur Tengah
BACA LAGI: Konflik Israel: Malaysia teliti keperluan bawa keluar rakyat dari Iran — PM Anwar
White House tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan itu atau mengesahkan sama ada Trump berada dalam pesawat itu.
Tidak seperti pesawat presiden Air Force One, Nightwatch berperanan sebagai 'pesawat bilik perang', yang membolehkan Trump berada dalam keadan selamat di udara sambil memberi arahan kepada tenteranya jika terlibat dalam perang Israel-Iran.
Ia juga berfungsi untuk melindungi presiden dan pegawai penting kerajaan selain digunakan untuk membawa Setiausaha Pertahanan bagi urusan luar negara.
Kelibat pesawat itu ternyata mencetuskan persoalan sama ada AS akan terlibat dalam perang Israel-Iran, tambahan lagi kemunculannya dikesan ketika Trump bertemu pegawai penasihat keselamatan negara di White House.
BREAKING: U.S. ‘DOOMSDAY’ PLANE AIRBORNE
The E-4B Nightwatch has taken to the skies
This isn’t just another flight.
This is the U.S. Air Force’s flying war room, built to survive nuclear war and command global forces if the homeland is hit.
Only launched in major… pic.twitter.com/WMMDJnwmLh
— Jim Ferguson (@JimFergusonUK) June 18, 2025
Seluruh dunia kini tertumpu kepada Trump selepas beliau mengeluarkan kenyataan menjawab kepada pertanyaan sama ada AS akan menyertai perang tersebut.
"Saya mungkin akan lakukannya, mungkin juga tidak. Tiada siapa yang tahu apa yang akan saya lakukan," katanya.
Tentera udara AS memiliki empat pesawat E-4B dan ditempatkan di Pangkalan Udara Offutt di Obama, Nesbraka.
Pesawat berkenaan aktif digunakan pada era Perang Dingin antara AS dan Rusia ekoran kebimbangan tercetusnya perang nuklear.
Situasi yang sama juga berulang susulan kebimbangan sama ada Israel atau Iran akan melancarkan serangan nuklear selepas hampir seminggu berbalas serangan udara dan misil jarak jauh.
Iran berulang kali menafikan dakwaan Israel, kononnya Teheran membangunkan senjata nuklear.
Konflik di Asia Barat itu menyaksikan ratusan nyawa terbunuh terutamanya di Iran selepas Israel melancarkan serangan udara di seluruh Iran dengan alasan mahu memusnahkan kemudahan nuklear Teheran.
Iran kemudiannya melancarkan serangan balas yang kini memasuki hari keempat, menyaksikan sistem pertahanan Israel tidak berkeupayaan menangkis serangan misil balistik republik itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram