
IBU bapa dinasihatkan untuk sentiasa memantau kegiatan anak terutama apabila melibatkan gajet dan media sosial.
Mengambil iktibar daripada kisah yang dikongsikan seorang pengguna akaun Facebook Abu Hurairah Roslan baru-baru ini, setiap aktiviti termasuk aplikasi dimuat turun di dalam telefon pintar seharusnya ditapis dengan lebih terperinci.
Menerusi hantaran dimuat naiknya pada Sabtu, pengguna yang juga merupakan pengusaha premis membaiki gajet itu berkongsi kisah tentang pelanggannya.
BACA LAGI: Jadi 'mood booster', syarikat di India lantik anjing sebagai Ketua Pegawai Kebahagiaan
BACA LAGI: Angkara nama sama, mahkamah tersilap bebas banduan rogol budak lelaki 9 tahun
Menurutnya, seorang pelanggan wanita datang menghantar telefon pintar anak gadisnya untuk membaiki skrin yang rosak.
Kisahnya juga bermula selepas wanita tersebut meluahkan bahawa gajet berkenaan menjadi punca anak perempuannya berusia 13 tahun semakin 'jauh' dengannya.
"Dia kata minta password (kata laluan) pun sampai bergaduh.
"Pelanggan itu juga minta saya tenggokkan apa aplikasi yang dia (anak perempuan) sedang guna.
"Ada hidden files yang dia buat. Katanya, 'saya tidak boleh tidur dan rasa ada yang dia sembunyikan'," tulisnya.
Meskipun dirasakan berat permintaan itu, pengguna terbabit tetap menjalankan tugas yang diamanahkan.
"Depan dia saya buka skrin dan saya tunjukkan semua. Paling saya sedih adalah banyaknya aplikasi dating dan sembang lucah.
"Asalnya, aplikasi itu hanya sembang dan jumpa, tapi itulah platform paling bahaya untuk anak-anak kita," tambahnya.
Katanya, fail rahsia yang dinyatakan pula terkandung pelbagai gambar mengaibkan remaja terbabit dan lelaki tidak dikenali.
Lebih mengejutkan apabila ibu tersebut mengetahui anak perempuannya merupakan lesbian (wanita yang menyukai kaum sama jenis).
"Ppuan ini dah macam nak pengsan. Saya minta dia istigfar banyak-banyak.
"Saya kata pada puan ni, tegaslah. Lagi sedih sebab ayahnya buat hal sendiri. Tak rapat.
"Selalu marah, abaikan, pinggirkan. Salam cium tangan hanya hari raya sahaja," katanya sambil menambah bahawa wanita itu disarankan untuk menyertai seminar kekeluargaan bagi mengatasi masalah berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram