[VIDEO] Tragedi cubaan lari penjara terbesar di benua Afrika, lebih 129 terbunuh


  • Benua
  • Selasa, 03 Sep 2024

Lebih 129 orang terbunuh semasa cubaan melarikan diri dari penjara Makala, Congo, benua Afrika pada pukul 2 pagi.

SEKURANG-KURANGNYA 129 orang terbunuh semasa cubaan melarikan diri dari penjara terbesar di Republik Demokratik Congo (DRC) di Afrika Tengah, kata kerajaan negara itu.

Menurut laporan media tempatan, kedengaran bunyi tembakan kuat serta bunyi bising yang datang dari arah luar penjara semasa cubaan melarikan diri pada sekitar pukul 2 pagi itu (waktu tempatan) pada Ahad.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman X, Menteri Dalam Negeri, Shabani Lukoo berkata, cubaan melarikan diri itu mengorbankan banyak nyawa dan menyebabkan kerosakan barangan berlaku.

BACA LAGI: Individu pertama lukis mural Sultan Pahang sampai diperkenan, Suhaimi Ali pernah 'terbang' hasilkan mural sampai ke di Indonesia

BACA LAGI: Dari kelas belakang ke 'selempang pink' UiTM, kreativiti pasangan kembar pikat pengguna TikTok

Tidak hanya itu, Shabani berkata, kejadian turut mengakibatkan kebakaran berlaku di bangunan pentadbiran penjara, kawasan makanan dan sekitar hospital sehinggakan kira-kira 59 orang tercedera.

Sebelum ini, seorang pegawai penjara berkata, tiada banduan yang berjaya melarikan diri, sambil menambah bahawa mereka yang cuba melarikan diri telah dibunuh.

Bagaimanapun laporan media negara itu tidak menyebut sama ada kesemua yang terbunuh merupakan banduan atau melibatkan pengawal keselamatan penjara.

Untuk rekod, penjara Makala adalah penjara utama di Congo yang mempunyai kapasiti untuk 1,500 orang tetapi kini telah menahan lebih 12,000 banduan.

Menurut laporan Amnestry International, majoriti banduan yang berada di situ sedang menunggu perbicaraan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram