Silambam-Muay Thai digugurkan SUKMA 2026, KBS pertimbang anjur kejohanan khas


  • Podium
  • Khamis, 07 Ogos 2025

Muay Thai antara sukan yang digugurkan daripada SUKMA 2026.

 

 

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) dalam perancangan untuk menganjurkan pertandingan sukan bagi acara-acara yang tidak dipertandingkan dalam Sukan Malaysia (SUKMA).

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, tindakan tersebut masih dalam perancangan untuk memastikan sukan-sukan yang tidak dipertandingkan di SUKMA akan terus dianjurkan walaupun dalam platform berbeza.

Ia susulan selepas tuan rumah SUKMA 2026, Selangor menggugurkan beberapa acara seperti silambam, petanque dan Muay Thai.

BACA LAGI: Kos tinggi, kerajaan tak cadang bina lorong motosikal di semua jalan Persekutuan

BACA LAGI: Muhyiddin tuntut PMX minta maaf, Speaker sahkan terima surat arah siasat sumber maklumat palsu

Hannah berharap isu melibatkan silambam tidak menjadi bahan perkauman.

Ia kerana, bukan silambam saja yang digugurkan sebaliknya ada beberapa acara mengalami nasib serupa.

“Apa yang kami boleh buat, menerusi MSN, kami sedang mempertimbangkan untuk anjurkan kejohanan melibatkan sukan-sukan yang tidak terpilih dalam SUKMA.

“Seperti yang semua maklum, bukan saja silambam yang digugurkan, kita ada juga sukan-sukan lain seperti petanque, Muay Thai juga tidak dipilih.

“Namun begitu, tiada isu perkauman dimainkan melibatkan sukan lain seperti silambam. Biarkan sukan kekal menjadi sukan, jangan cuba jadi perkauman selepas ini,” kata Hannah.

Silambam, Muay Thai dan petanque antara beberapa acara yang digugurkan oleh tuan rumah SUKMA 2026, Selangor.

Hannah berkata, keputusan itu merupakan hak tuan rumah untuk mempertandingkan atau menggugurkan mana-mana acara.

Ia merupakan amalan yang sudah dilakukan oleh mana-mana tuan rumah SUKMA sejak dulu lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram