
KONFLIK di sempadan Thailand dan Kemboja dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berakhir dengan potensi kemungkinan bertukar menjadi peperangan.
Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai berkata, ketegangan yang sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang sudah semakin meruncing.
Hal ini kerana, kedua-dua negara sudah mula menggunakan senjata-senjata pemusnah dengan pertarungan berlaku di 12 lokasi berdekatan sempadan kedua-dua negara.
BACA LAGI: Korban meningkat, 100,000 penduduk jadi pelarian akibat pertempuran Thailand-Kemboja
BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat F-16 ditembak jatuh, Thailand nafi dakwaan Kemboja
Phumtham Wechayachai
Bagi Thailand, mereka mahu penyelesaian dua hala secara terus bersama Kemboja bagi membolehkan gencatan senjata dilakukan.
Bagi Kementerian Luar Thailand, tiada keperluan untuk pihak ketiga untuk kedua-dua duduk semeja walaupun Malaysia sebagai Pengerusi Asean, menawarkan perkara itu kepada mereka.
"Saya tak rasa kami perlukan bantuan daripada pihak ketiga sekarang," kata Menteri Luar Thailand, Nikorndej Balankura.
Dalam masa yang sama, Thailand menggesa agar Kemboja berhenti menyerang mereka kerana tindakan itu menyebabkan kematian rakyatnya.
Thailand juga menuduh Kemboja melakukan serangan ke atas kawasan orang awam dan mereka memindahkan semua kampung yang dianggap berada dalam radius roketnya.
Dalam masa yang sama, Kemboja menuduh Thailand menggunakan peluru berpandu kelompok (cluster munitions) yang boleh memberi kesan tanpa mengira sasaran terutamanya terhadap penduduk awam.
Peluru itu diharamkan penggunaannya di kebanyakan negara dan Thailand masih belum memberikan sebarang respons mengenai itu.
Konflik di sempadan Thailand-Kemboja itu sudah meragut 14 rakyat Thailand dengan seorang askar negara itu.
Sementara seorang rakyat Kemboja terkorban dalam konflik antara dua negara tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram