
TENTERA Udara Diraja Thailand (RTAF) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan media Kemboja yang mendakwa sebuah jet pejuang F-16 milik Thailand telah ditembak jatuh semasa serangan udara pada Khamis (24 Julai).
Serangan berkenaan berlaku di tengah-tengah konflik sempadan paling serius antara kedua-dua negara sejak lebih sedekad lalu.
Menurut RTAF, enam buah pesawat F-16 Fighting Falcon dari Pangkalan Udara Ubon Ratchathani telah digerakkan awal pagi Khamis untuk melancarkan serangan udara terhadap kedudukan tentera Kemboja berhampiran kompleks kuil Ta Muen Thom yang sekian lama menjadi rebutan.
BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut tentera Thailand, Kemboja bertempur di sempadan
BACA LAGI: [VIDEO] Cuba lari ke bukit tapi gagal, 10 anggota bomba Turkiye maut terperangkap kebakaran
Serangan tersebut dilancarkan susulan pertempuran darat yang memuncak dan siri serangan roket ke atas wilayah Thailand.
Sumber tentera memaklumkan bahawa misi udara itu menyasarkan dua lokasi strategik tentera Kemboja di sektor Chong An Ma dengan serangan tepat.
Namun, beberapa jam selepas serangan dilancarkan, media rasmi Kemboja dan beberapa saluran tempatan melaporkan bahawa salah satu jet F-16 Thailand telah berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara Kemboja pada sekitar pukul 10:58 pagi waktu tempatan.
Jika benar, kejadian berkenaan akan menjadi kehilangan tempur pertama bagi pesawat pejuang Thailand dalam puluhan tahun.
Pihak berkuasa Thailand bagaimanapun pantas menolak dakwaan tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Dalam satu kenyataan rasmi yang disiarkan oleh media tempatan seperti Thairath dan Manager Online, RTAF menegaskan bahawa kesemua enam pesawat berjaya melaksanakan misi dan pulang dengan selamat ke pangkalan.
Thailand claims Cambodia uses DRONES, Phnom Penh says it's SELF-DEFENSE
Thai AIR FORCE deploys SIX F-16s, reportedly DESTROYS Cambodian HQs
Video shows MLRS fire toward Thailand https://t.co/7cLfw33I6t pic.twitter.com/W23FCPlxf0
— RT (@RT_com) July 24, 2025
"Laporan yang mengatakan sebuah jet pejuang Thailand telah ditembak jatuh adalah tidak benar sama sekali," menurut kenyataan RTAF, sambil menyifatkan tuduhan itu sebagai berita palsu yang cuba memesongkan persepsi umum mengenai situasi sebenar di sempadan.
Penggunaan pesawat F-16 oleh Thailand menandakan satu peningkatan ketara dalam konflik sempadan yang telah lama berlaku, yang sebelum ini hanya membabitkan tembakan artileri, pertempuran kecil dan operasi dron berskala terhad.
Serangan udara pada Rabu itu merupakan kali pertama dalam beberapa tahun RTAF melaksanakan misi lintas sempadan menggunakan pesawat pejuang.
Pegawai pertahanan Thailand turut mendedahkan bahawa sasaran serangan adalah kedudukan artileri dan pelancar roket Kemboja selepas beberapa roket BM-21 Grad dilaporkan mengenai kawasan Thailand, menyebabkan sekurang-kurangnya seorang awam terbunuh dan beberapa lagi cedera.
:-—
Surin border area — July 24, 2025
The situation along the Thai-Cambodian border has dramatically escalated. The official Facebook page of Thailand’s Army Region… pic.twitter.com/9uOmtSO1uC
— Bangkok Community Help Foundation(@BKK_community) July 24, 2025
Sebaliknya, Phnom Penh menuduh Bangkok memulakan tindakan ketenteraan dan memberi amaran akan mempertahankan kedaulatan negaranya.
RTAF kini mengoperasikan armada campuran jet pejuang yang merangkumi sekitar 35 buah F-16 Fighting Falcon (varian A/B dan C/D yang telah dinaik taraf di bawah program Mid-Life Update), 7 buah Saab JAS 39C/D Gripen berpangkalan di Pangkalan Udara Surat Thani, serta sekitar 30 buah pesawat Northrop F-5E/F Tiger II yang dinaik taraf ke standard F-5TH Super Tigris.
Kemboja pula tidak memiliki angkatan udara moden, namun mempunyai sistem pertahanan udara mudah alih era Soviet (MANPADS) dan meriam antipesawat berpandukan radar.
Sekiranya konflik terus memuncak dan Thailand mengerah jet Gripen ke zon pertempuran, ia bakal menjadi kali pertama pesawat generasi keempat dari Sweden itu digunakan dalam misi tempur oleh Thailand dan antara yang pertama secara global. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram