Kereta mewah 'milik' Amitabh Bachchan, Aamir Khan ditahan, ahli politik gagal bayar cukai jalan didenda hampir RM190,000


  • Benua
  • Khamis, 24 Jul 2025

Aamir Khan (kiri) dan Amitabh Bachchan merupakan legenda di India selepas bertahun-tahun mewarnai filem Bollywood. — Agensi

BUKAN selalu kenderaan mewah 'milik' dua bintang legenda terkemuka Bollywood didenda pihak berkuasa.

Demikianlah yang berlaku ketika ini apabila dua Rolls-Royce yang masing-masing pernah menjadi milik Amitabh Bachchan dan Aamir Khan ditahan di pejabat Pengangkutan Jalan Karnataka (RTO).

Kesalahan yang dilakukan bukan kerana memandu laju tetapi disebabkan gagal membayar cukai jalan.

BACA LAGI: [VIDEO] Padah potong konvoi, pemandu Rolls Royce rempuh lori tangki tengah buat 'U-turn'

BACA LAGI: [VIDEO] Kurang 30 saat, pencuri rembat Rolls Royce guna wayar antena TV

Kenderaan yang pernah menjadi milik dua pelakon legenda itu ditahan selepas pemilik semasanya gagal mematuhi peraturan. — Agensi

Bagaimanapun, pemiliknya kini bukan lagi kedua-dua bintang terkenal itu, tetapi usahawan asal Bengaluru yang juga ahli politik, Yusuf Sharif atau lebih dikenali sebagai KGF Babu.

Sharif kini berdepan hukuman denda bernilai hampir RM190,000 kerana memandu kedua-dua kenderaan mewah itu tetapi gagal menbayar cukai jalan di Karnataka.

Kedua-dua kenderaan itu secara rasmi didaftarkan di Maharashtra menggunakan nama pelakon legenda itu walaupun mereka bukan lagi pemilikinya.

Menurut pegawai jabatan berkenaan, kenderaan mewah itu dikesan di Bengaluru antara 2021 hingga 2023.

Berdasarkan perundangan Karnataka, setiap kenderaan yang menggunakan jalan raya negeri itu melebihi setahun perlu didaftarkan semula dan membayar cukai jalan.

Bagaimanapun, pemilik kedua-dua kenderaan mewah itu tidak berbuat demikian, termasuk tidak menukar nama kepada pemilik baharu.

Sharif yang sebelum ini menjalankan perniagaan besi buruk kemudian menceburi bidang hartanah dan politik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram