KERAJAAN ketika ini sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, langkah itu selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.
"Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.
BACA LAGI : Tiada lagi tol percuma musim perayaan langkah positif demi kebajikan rakyat miskin, terkesan bencana
BACA LAGI : [VIDEO] Berang isteri tak dibenarkan cuti, suami 'ambush' pengurus pasar raya dengan penyodok di Brazil
Anwar berkata, kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan.
"Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain.
"Perkara ini sedang diperincikan. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak," katanya pada Khamis.
Selasa lepas, Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, tahun 2024 merupakan tahun terakhir bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan dan mesyuarat Kabinet tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar, yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram