
BERMULANYA sesi persekolahan di negara jiran, Indonesia pada Isnin (14 Julai 2025) di mana waktu pembelajaran yang baharu ditetapkan adalah pada pukul 6.30 pagi.
Bagaimanapun ada kisah menarik berlaku di Sekolah Dasar Negeri 2 Mororejo, mukim Kaliwungu di daerah Kendal.
Sebilangan ibu bapa tiba seawal pukul 5 pagi semata-mata mahu memastikan anak mereka mendapat tempat duduk di barisan paling hadapan.
BACA LAGI: Buli, penderaan seksual didedah antara 'dosa besar' sekolah agama seluruh Indonesia
BACA LAGI: Julang nama Malaysia, si cilik dari Sarawak dinobatkan Royal Grand Winner WJTA 2025
Salah seorang yang dikenali sebagai Fitri berkata, dia tiba pukul 5.30 pagi kerana mahu memastikan anaknya mendapat tempat duduk paling strategik di dalam kelas.
"Anak saya kelas tiga dan saya mahu dia duduk di depan supaya dapat fokus mendengar apa yang diajar guru," katanya.
Kejadian menarik itu disaksikan di Sekolah Dasar Negeri Mororejo apabila ibu bapa sanggup tiba seawal pukul 5 pagi.
Namun, Fitri tetap 'kalah' walaupun tiba di awal pagi kerana sudah ada ibu bapa yang datang sejak pukul 5 pagi lagi.
"Saya cuma dapat kerusi di barisan tengah. Beg anak saya telah saya letak di meja itu," katanya.
Hal yang sama berlaku pada Agus yang menghantar isterinya ke tempat kerja dahulu sebelum ke sekolah berkenaan.
"Anak saya dapat tempat duduk di barisan kedua," jelasnya.
Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan, Masduki telah memaklumkan kepada ibu bapa supaya tidak memilih tempat duduk untuk anak mereka tetapi rata-rata tidak menghiraukan perkara itu.
"Ada yang datang pagi-pagi dan meminta penjaga sekolah membuka kelas, hinggakan penjaga sekolah itu menghubungi saya dan saya larang," katanya.
Menurutnya, sekolah itu menerapkan system penggiliran tempat duduk di mana setiap murid akan merasa duduk di posisi depan, tengah, tepi atau belakang dalam kelas. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram