[VIDEO] Masa Jakarta makin suntuk, penduduk resah air laut kian meninggi


  • Benua
  • Jumaat, 11 Jul 2025

Kelewatan pihak kerajaan dalam mencari solusi kepada isu peningkatan aras air laut memburukkan keadaan di Jakarta. — Agensi

ISU dialami Jakarta sebagai ibu negara Indonesia yang semakin tenggelam akibat peningkatan paras air laut dan penenggelaman tanah bukanlah sesuatu perkara baharu.

Dalam laporan tiga tahun lalu, pakar di Institut Teknologi Bandung menjangkakan daerah tersebut akan tenggelam menjelang 2050 memandangkan kawasan tanah di situ sudah merosot 2.5 meter dalam tempoh sedekad.

Namun, dengan tiada sebarang tindakan penyelesaian diambil, tidak mustahil sekiranya ibu negara Jakarta itu akan dibanjiri lebih awal daripada apa dijangkakan.

BACA LAGI: [VIDEO] Khabar angin Jakarta bakal tenggelam makin kuat, air laut mula melimpah ke kawasan penduduk

BACA LAGI: Risiko dilanda banjir, Kuala Kedah rekod paras air laut tertinggi

Baru-baru ini, dalam video dirakam sekitar Gading Serpong di Tangerang, Jakarta Barat memaparkan air laut terus meningkat melebihi tembok dibina sebelum ini.

Lebih merisaukan lagi, dalam klip berdurasi 15 saat berkenaan, kelihatan jalan raya digunakan orang ramai mula dimasuki air laut yang menceritakan situasi merisaukan itu.

Beberapa video lain turut memaparkan kenaikan paras air laut berbanding bandar Jakarta, termasuk ketika fenomena banjir menimpa kawasan utara daerah terbabit.

Kejadian yang berlaku pada hujung tahun lalu itu menggemparkan penduduk kerana pusat bandar mereka dibanjiri air laut yang menunjukkan tiada usaha kerajaan dalam menangani hal terbabit.

Pramono menjelaskan banjir di ibu negara Indonesia itu diburukkan lagi dengan paras air laut yang tinggi. Agensi

Musibah banjir difahamkan sekali lagi melanda ibu negara Indonesia tersebut baru-baru ini sehingga menyaksikan penduduk dan warga maya sekali lagi mempersoalkan tindakan kerajaan.

Bagaimanapun, Gabenor Jakarta, Pramono Anung mengakui pihaknya sudah mengambil jalan penyelesaian terbaik dalam mengatasi isu kenaikan paras air laut.

Jelasnya, kejadian banjir kali ini adalah disebabkan hujan lebat berterusan di kawasan hulu sungai dan pusat bandar selain diburukkan lagi dengan paras air laut yang tinggi.

Kelewatan pihak kerajaan dalam menangani isu itu sudah tentu akan menyukarkan usaha mengelak Jakarta daripada lenyap dari peta Indonesia dalam tahun-tahun mendatang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram