[VIDEO] Pelancong warga China disyaki curi duit dalam kapal terbang AirAsia dari KL ke Jakarta


  • Tular
  • Isnin, 24 Mac 2025

Tangkap layar insiden kecurian dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

SEBUAH insiden kecurian dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penumpang selepas dua individu warga asing berjaya ditahan atas cubaan mencuri barangan peribadi penumpang lain.

Melalui perkongsian salah seorang penumpang tersebut di laman Instagram travelingwithhat, kejadian tersebut berlaku dalam kapal terbang milik syarikat penerbangan AirAsia.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai warga China, dilihat kelihatan mencurigakan sepanjang perjalanan.

BACA LAGI:  [VIDEO] Remaja parah diseret 4x4 akibat lawan arus elak sekatan jalan raya di LKSA

BACA LAGI:  Dua wanita dikesan susulan mayat bayi ditemukan dalam tandas di stesen minyak Sungai Haji Dorani

Salah seorang suspek wanita, yang bertindak sebagai pelaku utama, duduk berhampiran kerusi mangsa, manakala rakannya yang berperanan sebagai pemantau duduk hanya dua kerusi daripadanya dalam barisan sama.

Mangsa, yang duduk berhampiran suspek, menyedari kehilangan sejumlah wang tunai yang disimpan dalam beg di ruang penyimpanan atas tempat duduknya.

 

 

Modus operandi penjenayah adalah menyasarkan beg yang diletakkan tepat di atas tempat duduk mangsa, menjadikannya sukar untuk diperhatikan oleh pemilik beg.

Namun, tindakan pantas mangsa melaporkan kehilangan wangnya membolehkan kru pesawat bertindak segera.

Setelah pemeriksaan dilakukan, wang tunai yang hilang berjaya ditemui di bawah tempat duduk suspek, menyebabkan mereka gagal mengelak daripada dituduh.

Kedua-dua suspek kemudiannya ditahan sejurus pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.

Tindakan pantas dan cekap kru pesawat AirAsia dalam menangani situasi tersebut mendapat pujian daripada penumpang.

Kejadian berkenaan juga menjadi peringatan kepada semua penumpang supaya sentiasa berwaspada terhadap barangan peribadi mereka semasa dalam penerbangan.

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia atau syarikat penerbangan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram