[VIDEO] Khabar angin Jakarta bakal tenggelam makin kuat, air laut mula melimpah ke kawasan penduduk


  • Benua
  • Isnin, 16 Dis 2024

Tangkap layar video memaparkan limpahan air daripada laut yang membanjiri kawasan penduduk di Jakarta, Indonesia pada Isnin.

KEADAAN di beberapa daerah di Jakarta, Indonesia kini semakin membimbangkan apabila air laut dilaporkan mula melimpah ke kawasan bandar.

Menerusi video tular di media sosial sejak Isnin, kelihatan limpahan air dari laut tersebut yang membanjiri kawasan perumahan penduduk di sekitar itu.

Kejadian itu juga dikhabarkan berlaku disebabkan paras air laut yang semakin meningkat sehingga melebihi tebing penghadang.

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang lebih seminggu lepas jumpa lelaki baru dikenali, wanita ditemukan mereput dalam longkang di Sarawak

BACA LAGI: Mahkamah Tinggi perintah Muhyiddin bayar Guan Eng RM400,000 sebelum penghujung 2024

"Dengar khabar dari negara jiran, air laut mula memasuki di daerah Muara Jakarta Utara. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan cepat-cepat berpindah," tulis pengguna akaun X @Cool_Wannabe82.

Ini secara tidak langsung menguatkan lagi khabar angin serta ramalan rakyat Indonesia bahawa Jakarta tidak mustahil bakal ditenggelami air.

Media antarabangsa pada masa sama pernah melaporkan bahawa, lebih 95 peratus Jakarta Utara akan tenggelam menjelang 2050.

Perkara itu sekali gus membuatkan Presiden Indonesia, Joko Widodo merancang untuk memindahkan ibu negara Indonesia yang asalnya di Jakarta ke Kalimantan Timur.

Bagaimanapun, rancangan tersebut terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada projek-projek pengurusan hartanah yang belum dapat disiapkan lagi.

Sementara itu, rata-rata warga maya yang melihat video tersebut meluahkan kebimbangan terhadap situasi itu.

"Ya ALLAH, dah sampai melimpah, jauhkanlah kami semua daripada bencana," komen @dindayohanes.

"Jakarta dah mula tenggelam," ujar @madnurrr. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram