
SATU pendedahan menyayat hati dilakukan oleh bekas penghibur sarkas dari Oriental Circus Indonesia (OCI) di Taman Safari Indonesia pada Selasa lalu.
Pendedahan tersebut juga dibuat di hadapan pihak Kementerian Hak Asasi Manusia negara itu.
Menerusi video tular di media sosial sejak Khamis, beberapa wanita dipercayai bekas penghibur sarkas berkenaan menceritakan tentang kronologi kes serta pengalaman pahit yang dilalui mereka sepanjang membuat persembahan.
BACA LAGI: Sifar buli, MARA mula lantik bekas tentera, polis jadi warden di MRSM
BACA LAGI: Pendudukan MKLSB tidak sah, Menara KL ditutup sementara
A Thread
"Mereka pernah membuat kita tertawa di atas panggung, tapi tak ada yang tahu… di balik layar mereka disiksa, dirantai, bahkan disetrum. Ini suara mereka—pengakuan yang tak pernah terdengar sebelumnya."pic.twitter.com/dIupCOeeUW
— KOMPOR VIRAL (@Zentizen_) April 16, 2025
Dalam video sama, mereka juga mendakwa pihak pengurusan melakukan keganasan fizikal, eksploitasi serta memberi layanan tidak berperikemanusiaan.
Berdasarkan laporan agensi, kejadian itu bermula dengan kumpulan sarkas dari Indonesia yang sedang mencari bakar untuk dilatih.
Malangnya, kaedah yang digunakan pada ketika itu keterlaluan sehingga memberi jaminan pendidikan dan kehidupan sempurna kepada setiap kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat.
Mereka juga didakwa membayar wang untuk 'membeli' kanak-kanak yang masih berumur lima hingga tujuh tahun dan membawa mereka untuk dilatih dalam sarkas.
Seorang daripada bekas penghibur dikenali sebagai Ida menceritakan kisahnya yang terpaksa menanggung sakit kekal dan berkerusi roda akibat kemalangan serius ketika membuat persembahan.
"Saya terjatuh dari ketinggian semasa persembahan di Lampung. Selepas jatuh, saya tidak terus dibawa ke hospital.
"Selepas pinggang saya mula membengkak, saya dibawa ke hospital dan ternyata tulang saya patah.
"Tidak lama selepas itu saya dibawa ke Jakarta dan dibedah. Daripada itu, akhirnya saya bertemu ibu bapa saya," katanya sambil menahan sebak.
Manakala, seorang lagi bekas penghibur, Butet turut mendakwa dirinya dilayan dengan kasar ketika sedang hamil.
"Jika saya tidak membuat yang terbaik ketika persembahan, saya akan dipukul.
"Saya pernah dirantai dengan rantai gajah di kaki. Semasa mengandung pun saya dipaksa untuk terus membuat persembahan.
"Selepas bersalin, saya dipisahkan dengan anak dan tidak dapat menyusukannya.
"Saya juga pernah disumbat dengan tahi gajah hanya kerana ditangkap mengambil daging lembu," katanya sambil menambah bahawa dia malah tahu identitinya sendiri seperti nama, keluarga dan umur.
Butet juga mengakui terpaksa menyerahkan anaknya yang diberi nama Fifi untuk dijaga oleh orang lain.
Lebih memilukan apabila Fifi turut menjadi mangsa kekejaman pihak sarkasa terbabit.
"Saya diseret dan dikurung dalam sangkar harimau, sukar membuang air besar.
"Saya tidak tahan, jadi saya melarikan diri melalui hutan pada waktu malam sehingga ke Cisarua.
"Ketika itu, penduduk membantu saya, tetapi akhirnya ditemui semula.
"Saya diseret, dibawa ke rumah, kemudian terkena renjatan elektrik. Kemaluan saya terkena renjatan elektrik sehingga lembik.
"Rambut saya ditarik, saya terkencing di tempat kejadian, kemudian saya diikat," ceritanya.
Selepas mendengar kesemua cerita mangsa, Timbalan Kementerian Hak Asasi Manusia, Mugiyanto memutuskan untuk mengambil tindakan wajar dengan memanggil piha pengurusan Taman Safari itu.
Pihak pengurusan bagaimanapun menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan syarikatnya.
Menurutnya, ia adalah entiti undang-undang yang ditubuhkan secara bebas dan tidak bergabung dengan pihaknya serta menganggap sebagai masalah peribadi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram