
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump tidak teragak-agak untuk melancarkan serangan ke atas Iran dalam usaha mengurangkan ketegangan antara negara republik tersebut dengan rejim Zionis.
Berdasarkan perancangan awal, serangan mungkin ditumpukan ke arah kubu Iran sekitar Fordo yang difahamkan berada di bawah sebuah gunung kerana ia mungkin menjadi kubu penyimpanan bahan letupan.
Namun, strategi Trump masih belum boleh dilancarkan memandangkan Presiden dan pihak ketenteraan AS masih menunggu Iran untuk menghentikan serangan ke atas negara haram Israel selain melupakan hasrat menggunakan senjata nuklear.
BACA LAGI: AS diberi kata dua jika masuk campur perang Iran-Israel
BACA LAGI: [VIDEO] Israel sasar stesen TV Iran ketika ‘live’, bukti jelas jenayah peperangan
"Saya mungkin melakukannya, tetapi saya mungkin tidak akan melakukannya. Minggu depan akan menjadi sesuatu yang besar, malah mungkin kurang dari tempoh seminggu," katanya.
Pihak ketenteraan AS sebelum ini sudah menghantar beberapa unit, termasuk tiga buah kapal perang ke perairan Laut Merah yang pastinya mencetuskan episod baharu dalam ketegangan di Timur Tengah.
Pentagon turut mengeluarkan kenyataan bahawa kemasukan tentera ke Iran akan mengambil pendekatan bertahan dalam usaha membantu negara haram Israel dalam misi ketenteraan mereka.
Usaha tersebut dilihat sebagai rancangan kedua-dua negara berkenaan untuk memaksa Iran supaya mengalah, sekali gus menghentikan ketegangan di Timur Tengah yang bermula sejak serangan rejim Zionis.
Misil Fattah 1 yang boleh dilancarkan Iran bagi menggegarkan pusat bandar Iran.
Bagaimanapun, Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, pihaknya tidak akan mengibarkan bendera putih sambil mengingatkan AS bahawa campur tengan mereka akan menyulitkan keadaan.
Serangan Iran turut diteruskan di bandar Tel Aviv, Israel dengan mengharapkan orang ramai supaya sentiasa bersedia dengan serangan misil Fattah 1 yang sudah berkali-kali menggegarkan kawasan pelindungan.
Peluru berpandu yang boleh bergerak lima kali ganda lebih laju berbanding kelajuan bunyi selain mampu mengubah haluan di atas udara sukar dipintas sistem pertahanan Israel, Iron Dome.
Kecanggihan teknologi dimiliki negara republik itu meningkatkan ketegangan di Timur Tengah sehingga mendesak AS masuk campur dalam usaha mengelak konflik lebih teruk. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram