
IRAN tidak akan mengalah kepada desakan Amerika Syarikat (AS) untuk menyerah kalah dalam konflik mereka dengan Israel.
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, negaranya akan terus berjuang selepas Presiden AS, Donald Trump mendesak untuk menyerah tanpa syarat.
Khamenei berkata, jika AS masuk campur, mereka perlu bersiap sedia untuk menerima kemusnahan yang sukar untuk dipulihkan.
BACA LAGI: Rakyat Malaysia dipindah keluar dari Iran seawal Jumaat
BACA LAGI: [VIDEO] Honda 'cabar' program angkasa Elon Musk, berjaya uji roket
Ayatollah Ali Khamenei
"Negara ini tidak akan pernah menyerah. AS perlu tahu bahawa sebarang campur tangan ketenteraan pasti akan membawa kemusnahan yang tidak dapat dipulihkan," kata Khamenei.
Sebelum ini, AS mengatakan yang mereka tidak merancang untuk membunuh Khamenei.
Namun, mereka turut memberi isyarat yang mereka "mungkin ya, mungkin tidak" untuk menyerang Iran.
Dalam pada itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata, negaranya masih lagi terbuka untuk memasuki ruang diplomasi.
Tegasnya, tindakan Teheran melancarkan serangan misil adalah bersifat untuk mempertahankan diri daripada serangan Israel.
"Iran setakat ini hanya membalas serangan rejim Israel dan bukan terhadap pihak-pihak yang membantu dan bersekongkol dengannya," jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram