[VIDEO] Israel sasar stesen TV Iran ketika ‘live’, bukti jelas jenayah peperangan


  • Benua
  • Selasa, 17 Jun 2025

Ibu pejabat stesen televisyen tersebut mengalami kerosakan akibat peluru berpandu. — Agensi

PERGOLAKAN antara Iran dan tentera rejim Zionis memasuki fasa baharu selepas negara republik tersebut bertindak membalas serangan awal dilancarkan Israel terhadap pusat nuklear mereka.

Berdasarkan laporan sebelum ini, beberapa peluru berpandu dilancarkan Iran gagal dipintas kubu pertahanan tentera Zionis yang dikenali sebagai 'Iron Dome' sehingga menggegarkan bandar Tel Aviv.

Namun, serangan balas itu hanya merosakkan infrastruktur di ibu negara Israel itu, namun tidak mengorbankan nyawa orang awam selepas masing-masing sempat melarikan diri ke pusat perlindungan.

BACA LAGI: [VIDEO] Iran serang balas Israel selepas komander tentera tertinggi, 6 saintis nuklear antara 78 maut

BACA LAGI: [VIDEO] Israel serang tapak nuklear, markas tentera Iran

Situasi di rantau itu semakin tegang setelah tentera Zionis bertindak melancarkan peluru berpandu ke arah Iran dengan menyasarkan stesen televisyen utama negara tersebut ketika siaran langsung.

Dalam sebuah video tular di media sosial, letupan kedengaran ketika pembaca berita wanita, Sahar Emami di siaran IRIB terganggu akibat letupan yang menggegarkan bangunan berkenaan.

Serangan tersebut jelas mengganggu program berita tersebut apabila penyampai terbabit bertindak melarikan diri dengan kru televisyen lain turut kedengaran bertempiaran mencari perlindungan.

Siaran tersebut kemudian segera diubah kepada program lain, tetapi tidak lama kemudian, Emami kembali kelihatan di studio bersama penyampai berita lain.

Kehancuran sekitar pusat bandar Tehran susulan serangan bertubi-tubi dilancarkan Israel. Agensi

Difahamkan, sebanyak empat peluru berpandu tepat mengenai stesen televisyen tersebut, namun tiada sebarang nyawa terkorban.

Tindakan melancarkan peluru berpandu itu dibuat tidak lama selepas Israel mengeluarkan amaran terhadap ibu negara Iran, Tehran di mana terletaknya ibu pusat IRIB.

Jurucakap Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Iran, Esmaeil Baghaei menuduh serangan tentera Zionis melakukan tindakan terkutuk yang melanggar undang-undang perperangan kerana menyasarkan wartawan dan penggiat media.

Ini selepas Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan (CPJ) mengeluarkan senarai bahawa 178 wartawan sudah terbunuh di Gaza sejak pencerobohan negara haram Israel pada Oktober 2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram