
PENAMPILAN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk pada majlis perpisahan di Pejabat Oval, Rumah Putih, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menarik perhatian apabila hadir dengan kesan lebam di matanya.
Elon bagaimanapun tampil menjelaskan keadaan itu terjadi selepas anak lelakinya berusia lima tahun menumbuk mukanya ketika mereka bermain.
Ditanya lagi tentang kecederaan itu, Elon berkata, kejadian berlaku ketika mereka sedang 'berkuda' di rumah.
BACA LAGI: Angkara nama sama, mahkamah tersilap bebas banduan rogol budak lelaki 9 tahun
"Saya kata, 'teruskan, tumbuk muka saya' dan dia melakukannya," jelasnya.
Sebelum ini, Elon mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pegawai Khas Kerajaan AS dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE).
Elon bagaimanapun menyatakan bahawa akan terus menjadi penasihat rapat Presiden AS, Donald Trump meskipun sudah tidak lagi berkhidmat. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram