
SIAPA yang menyangka, sebuah penerbangan yang sepatutnya membawa seribu kegembiraan berakhir dengan tragedi menyayat hati.
Itulah yang terjadi apabila pesawat Air India yang sepatutnya terbang ke London, United Kingdom dari Ahmedabad, India terhempas berhampiran Persimpangan Forensik di kawasan Meghaninagar pada Khamis.
Kejadian tu mengorbankan 240 penumpang dengan pesawat itu terhempas di sebuah bangunan dipercayai merupakan asrama buat para doktor.
BACA LAGI: [VIDEO] Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas pesawat Air India – Wisma Putra
Insiden itu jelas menyedihkan ramai pihak terutamanya ahli keluarga mangsa yang terlibat. Lebih memedihkan apabila tularnya rakaman wajah anak-anak kapal yang tidak menyangka sesuatu buruk akan menimpa mereka.
Dalam sebuah video tular, terdapat rakaman yang menunjukan wajah anak-anak kapal pesawat tersebut sedang dalam perjalanan untuk bertugas.
Terpancar wajah-wajah petugas tersebut kelihatan cukup gembira dan memberikan senyuman indah sebelum menaiki pesawat.
Namun begitu, tanpa disangka yang wajah-wajah gembira itu berdepan detik menyakitkan apabila mereka terkorban dalam nahas tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram