
KERAJAAN Daerah Jawa Barat menetapkan waktu permulaan bagi sekolah sekitar kawasan itu bermula pada pukul 6.30 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) dengan pelan itu dirancang bermula Julai depan seiring tahun akademi baharu.
Mengulas perancangan tersebut, Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Prof Dr Haedar Nashir mengingatkan semua pihak supaya menyelidik secara mendalam sebelum melaksanakan peraturan baharu itu.
"Kami akan ikuti sahaja jika keputusan diambil berdasarkan kajian menyeluruh. Namun, kesemua pihak harus bertanggungjawab secara menyeluruh," katanya ketika majlis Pelantikan Rektor Universiti Pendidikan Indonesia bagi Penggal 2025-30 di Kota Bandung, Jawat Barat pada Isnin.
BACA LAGI: [VIDEO] Di mana penguatkuasa APMM? Pendatang haram Indonesia seronok buat konten di perairan negara
BACA LAGI: Malaysia berpotensi jadi saksi Indonesia ke Piala Dunia, Bukit Jalil dijangka terpilih
Jelasnya, situasi pendidikan di Jawa Barat tidak akan diubah semudah dengan perubahan waktu persekolahan lebih awal kerana ia berkait rapat dengan struktur ekonomi masyarakat, kualiti sumber pekerja dan kepelbagaian geografi di kawasan berkenaan.
Haedar turut menekankan kepentingan mewujudkan polisi bersifat integratif yang mengambil kira pelbagai aspek kerana pusat pemerintahan bandar mahupun daerah memiliki dana pendidikan lebih besar, malah ada melebihi pimpinan pusat.
Haedar mengingatkan setiap perubahan dari segi pendidikan perlu dibuat selepas perbincangan menyeluruh dibuat. — Agensi
"Jadi, saya boleh simpulkan bahawa setiap perubahan dasar dalam bidang pendidikan perlu diselidik secara mendalam. Jika perlu, penilaian akademik wajar diadakan dan dibincang bersama pelbagai pihak sebelum keputusan boleh diambil," katanya.
Tambahnya lagi, dalam sudut pandang lebih luas, pendidikan mampu meningkatkan mutu sesebuah negara dalam tiga aspek, iaitu nilai, realiti negara dan ekonomi selain mengingatkan kepentingan menyertakan unsur keagamaan, politik dan budaya tempatan.
Seperti diketahui umum, dalam kenyataan dikeluarkan Gabenor Jawa Barat, Dedi Mulyadi pada 28 Mei lalu, perubahan waktu persekolahan itu dibuat seiring Peraturan Nombor 23 dikeluarkan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan berhubung jumlah hari pembelajaran.
"Penting bagi pihak pendidik untuk menetapkan waktu persekolahan yang efektif bagi memastikan murid dapat memahami proses pembelajaran di waktu pagi bergantung kepada kelompok umur masing-masing," tulisnya.
Ia bagi menyokong pembangunan generasi baharu berteraskan nilai Panca Waluya yang terdiri daripada kesihatan, kebaikan, kebenaran, kecerdasan serta keterampilan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram