Ramai dakwa 'Putera Tidur' sudah sedar dari koma lepas 20 tahun, rupanya pemandu rali


  • Benua
  • Ahad, 15 Jun 2025

Putera Al-Waleed dikatakan sudah koma sejak 20 tahun lalu.

TULAR di seluruh dunia apabila seorang putera keluarga diraja Arab Saudi, Putera Al-Waleed dikatakan sudah kembali sedarkan diri.

Sebelum ini, Al-Waleed menerima jolokan si putera tidur (the sleeping prince) kerana dia sudah pun koma selama 20 tahun.

Kini, tular perkhabaran mengatakan yang dia kembali sedar selepas koma dan itu menarik perhatian ramai.

BACA LAGI: [VIDEO] Umpama kerusi ajaib, tempat duduk 11A selamatkan nyawa dalam 2 nahas udara

BACA LAGI: [VIDEO] Iran teruskan fasa serangan misil, Haifa jadi sasaran

Akan tetapi, rakaman tersebut dikatakan bukannya Al-Waleed yang kembali sedar. Sebaliknya, adalah seorang pemandu rali dari Arab Saudi iaitu Yazeed Alrajhi.

Mengikut perkongsian oleh Abdullah Alsadoun, individu yang ada di dalam rakaman itu dikatakan adalaha Alrajhi yang turut mengalami koma selepas terlibat dalam kemalangan pada 2024.

Alrajhi dikatakan terlibat dalam kemalangan ketika bertanding dalam rali Baja Jordan dan kini dikatakan sudah kembali sedar.

Sementara Al-Waleed yang mengalami kemalangan kereta pada 2005 dikatakan masih belum sedarkan diri dan keluarga diraja Arab Saudi perlu menunggu lebih lama untuk dia kembali sedar.

Keluarga diraja Arab Saudi dikatakan masih belum putus harapan terhadap Al-Waleed dengan mereka masih  menyediakan alat bantuan untuk memastikan dia terus bernyawa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram