Penumpang AirAsia dicekup di Phuket, dakwa ada bom dalam pesawat


  • Benua
  • Sabtu, 24 Mei 2025

Ancaman bom berkenaan memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket untuk mengaktifkan protokol kecemasannya. — Agensi

SEORANG penumpang warga Thailand yang menaiki penerbangan syarikat AirAsia dari Phuket ke Don Mueang ditahan pada Jumaat selepas mendakwa terdapat bahan letupan di dalam pesawat terbabit.

Dalam kejadian pada pukul 3.17 petang waktu tempatan itu, Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Phuket dimaklumkan oleh juruterbang mengenai ancaman bom pada penerbangan AirAsia FD3092, iaitu sebuah pesawat jenis Airbus A321.

Juruterbang telah dimaklumkan oleh kru kabin bahawa seorang penumpang dari Thailand mendakwa terdapat bom di bahagian simpanan atas kapal terbang berkenaan.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Juruterbang kemudiannya segera meminta untuk membawa pesawat terbabit yang membawa 200 penumpang ke tempat letak parkir terpencil (nombor 99).

Pengendali Lapangan Terbang Thailand berkata, pemeriksaan pantas yang dilakukan tidak menemui barang yang mencurigakan bagaimanapun ancaman bom berkenaan memaksa Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket untuk mengaktifkan protokol kecemasannya.

Pusat Operasi Kecemasan (EOC) telah ditubuhkan untuk mengurus dan mengawal situasi yang berlaku secara sistematik.

EOC melibatkan kerjasama rapat dan bersepadu antara kakitangan syarikat penerbangan, kakitangan keselamatan Lapangan Terbang Phuket, Polis Wilayah Phuket dan pegawai Polis Pelancong. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram