[VIDEO] Pemandu lori muatan kayu balak pitam akibat tekanan darah tinggi punca terbabas depan sekolah di Jerteh


  • Kes
  • Rabu, 21 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan kayu balak di Jerteh, Terengganu pada Rabu.

SATU kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan kayu balak dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Pasir Akar, Jerteh, Terengganu pada Rabu.

Menerusi video tular di media sosial, pemandu lori terbabit didakwa hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang sekolah.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira 2 petang.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Axia merah tersepit antara 2 lori mengaku tak bersalah lawan arus, dibenar ikat jamin RM6,000

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk dakwa letupan bom pembukaan LIMA'25 jejaskan rumah sampai dinding, siling tercabut

Azamuddin berkata, pemandu terbabit dipercayai pitam akibat tekanan darah tinggi sebelum kenderaannya terbabas lalu merempuh dua kereta, sebuah gerai makan dan pagar sekolah di lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku ketika lori tersebut dalam perjalanan dari arah Keruak, Pasir Akar menuju ke Kuala Terengganu hilang kawalan di laluan berselekoh.

"Lori berkenaan merempuh Proton Waja serta Perodua Alza yang diparkir di bahu jalan, serta sebuah gerai makan berhampiran serta pagar Sekolah Kebangsaan Pasir Akar.

"Punca kejadian dipercayai berlaku kerana pemandu lori itu pitam disebabkan mengalami tekanan darah tinggi ketika memandu lalu menyebabkan dia hilang kawalan.

"Pemandu lori berusia 48 tahun itu dibawa ke Hospital Besut oleh ambulans untuk menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataannya pada Rabu.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian digesa untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Jalani Mokhtar di talian 019-9899469. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram