
SEORANG peniaga berusia 26 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor pada Rabu atas pertuduhan memandu secara melulu dan melawan arus di jalan raya.
Tertuduh, S. Thaanesh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu dalam keadaan berbahaya di sepanjang KM4 Jalan Gelang Patah-Ulu Choh, Johor pada 9 Mei lalu.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan.
BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk dakwa letupan bom pembukaan LIMA'25 jejaskan rumah sampai dinding, siling tercabut
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu Axia merah bawa barang lebih muatan di Sepang mengaku ada masalah kesihatan
Kereta yang dipandunya tersepit antara dua lori selepas memandu secara melawan arus sejauh 500m.
Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Tasnim Saleh kemudiannya menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan meminta syarat tambahan terhadap Thaanesh seperti melaporkan diri di balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan penggantungan lesen memandu.
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan kereta Perodua Axia merah dipandunya tersepit di antara dua lori.
Susulan itu, hasil siasatan polis mendapati pemandu tersebut dipercayai tersalah laluan ketika dalam perjalanan ke stesen minyak berhampiran.
Tambahnya, pemandu itu juga memandu melawan lalu lintas sejauh 500 meter sebelum tersepit di antara dua kenderaan berat itu.
Peguam Thaanesh, S. Selvanteran bagaimanapun meminta untuk mengurangkan ikat jamin kerana tertuduh perlu menjaga ibunya yang mengalami strok dan mempunyai masalah jantung.
Majistret Nur Fatin Mohamad Farid justeru membenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan yang ditetapkan.
Mahkamah juga menetapkan 20 Jun nanti untuk sebutan dan penyerahan dokumen seterusnya. — The Star/YEE XIANG YUN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram