[VIDEO] Anggota wanita ATM berkomunikasi bahasa Rusia di LIMA'25


  • Massa
  • Rabu, 21 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan interaksi antara Mejar Dr Siti Khadijah (kiri) dan juruterbang Russian Knights di acara LIMA'25.

SELAIN persembahan dan aksi ketenteraan yang dipamerkan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA'25) menggamatkan suasana, kemampuan anggotanya juga menarik perhatian ramai.

Ia selepas tularnya sebuah video memaparkan interaksi antara seorang anggota wanita berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juruterbang dari Russian Knights. 

Video dikongsikan pengguna TikTok @belengas369 baru-baru ini juga mencuri tumpuan apabila anggota wanita, Mejar Dr Siti Khadijah Abdul Hamid dilihat fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Rusia dengan juruterbang berkenaan. 

BACA LAGI: [VIDEO] Penduduk dakwa letupan bom pembukaan LIMA'25 jejaskan rumah sampai dinding, siling tercabut

BACA LAGI: [VIDEO] Lori muatan kayu balak hilang kawalan, rempuh gerai depan sekolah di Jerteh

"Hormat, askar Malaysia bercakap dengan juruterbang Russian Knights dalam bahaa Rusia dengan fasih," tulisnya. 

Lebih mengagumkan apabila cara Dr Siti Khadijah yang santai itu membuktikan kemampuan anggota tempatan di peringkat global.

Rata-rata warga maya turut memuji kebolehan anggota terbabit meskipun bertugas dalam unit ketenteraan.

"Askar ada kelas untuk belajar bahasa asing untuk pengetahuan. Memang ada bidang untuk mereka belajar," komen @Aj_B.

"Askar juga perlu ilmu luas tentang bahasa untuk berkomunikasi dengan jayanya di bidang masing-masing," ujar @sifhan2020

Untuk rekod, Dr Siti Khadijah merupakan anggota ATM yang berkhidmat sebagai doktor perubatan yang pernah terlibat dalam misi Malaysian Battalion (MALBATT) siri 850-3 di Lubnan pada September 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram