[VIDEO] Akur gencatan senjata, India kembali buka semula 3 empangan salur air ke Pakistan


  • Benua
  • Ahad, 11 Mei 2025

Rakaman video menunjukkan pembukaan beberapa pintu empangan di Baglihar yang mengalir ke Sungai Chenab pada Sabtu.

INDIA akhirnya kembali membuka pintu tiga empangannya Balighar dan Salal selepas negara itu mencapai perjanjian gencatan senjata bersama Pakistan.

Menurut laporan media tempatan, dua pintu empangan yang dibuka pada lewat Sabtu ialah empangan Balighar Jammu dan empangan Ramban di Kashmir.

Selain itu, India juga membuka beberapa pintu masuk ke empangan Salal di Reasi pada Ahad.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Perkembangan itu menyebabkan peningkatan paras air di sungai Chenab yang turut menyalurkan bekalan air ke wilayah Pakistan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada langkah tersebut mempunyai hubungan dengan Perjanjian Air Indus yang sebelum ini digantung ekoran serangan pengganas di Pahalgam, wilayah Kashmir ditadbir India pada 22 April lalu.

Menurut laporan agensi berita PTI, kedua-dua pintu empangan Baglihar dibuka dari kira-kira pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang Sabtu.

Pihak berkuasa berkata, pintu pagar dibuka untuk menguruskan kenaikan paras air, yang berlaku pada hari sebelumnya kerana hujan lebat pada Jumaat.

Pada Sabtu, India dan Pakistan mencapai persetujuan gencatan senjata untuk menghentikan semua tindakan ketenteraan bermula pada pukul 5 petang.

Dalam pada itu, gencatan senjata tersebut dilapor terus berjalan setakat Ahad meskipun kedua-dua negara saling menuduh antara satu sama lain telah melanggar perjanjian terbaharu itu yang berpotensi mencetuskan semula perang yang berlaku.

Gencatan senjata itu dipersetujui pada Sabtu selepas empat hari serangan pejuang, peluru berpandu, dron dan artileri yang membunuh sekurang-kurangnya 60 individu dan menyebabkan ribuan orang melarikan diri, dalam keganasan terburuk sejak konflik terbuka terakhir India dan Pakistan pada 1999.

Pemberhentian aktiviti ketenteraan itu terjadi secara mengejut selepas diumumkan Presiden AS Donald Trump di media sosial dengan AS dilapor menjadi pihak tengah yang menguruskan rundingan.

Trump kemudiannya memuji pemimpin India dan Pakistan kerana memahami kepentingan untuk mencapai gencatan senjata terbabit sambil turut berjanji untuk meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara secara signifikan.

Namun, setiausaha luar India berkata, New Delhi telah bertindak balas selepas Pakistan melakukan pelanggaran berulang dalam perjanjian gencatan senjata dimeterai.

Pakistan pula menegaskan akan tetap komited kepada gencatan senjata dan bahawa pasukannya menangani pelanggaran oleh India dengan memberikan tindak balas secara terkawal dan bertanggungjawab. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram