
PENDUDUK di sebuah daerah di Kabupaten Cianjur, Jawa Barat, Indonesia terpaksa berdepan situasi buruk selama lebih empat dekad selepas jalan utama menghubungkan kawasan mereka tidak pernah dibaiki dan terus terbiar daif dalam tempoh tersebut.
Malah, jalan tersebut yang sudah bertukar menjadi seakan-akan 'kubang kerbau' itu turut pernah mengakibatkan kematian seorang wanita hamil yang sedang melalui laluan berkenaan untuk pergi bersalin.
Ketua Kampung Neglasari yang dikenali sebagai Nasihin berkata, jalan yang merupakan penghubung antara Desa Neglasari dan Mulyasari, Kecamatan Agrabinta sdalah laluan utama dan sering digunakan masyarakat untuk menjalankan aktiviti harian.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Katanya, sejak 1980-an, jalan sepanjang 20 kilometer itu tidak pernah dibangunkan atau dibaiki.
Sehingga kini, sekitar 18 kilometer masih dalam keadaan musnah.
BAK KUBANGAN KERBAU, SUDAH 45 TAHUN TIDAK PERNAH DIPERBAIKI
Warga mengeluhkan kondisi jalan penghubung antardesa sepanjang 20KM yang rusak parah dan tak pernah diperbaiki sejak 1980
Neglasari -Mulyasari, Agrabinta, Cianjur, Jabar pic.twitter.com/8EebyeI99e
— Miss Tweet | (@Heraloebss) May 11, 2025
"Setiap hari jalan itu digunakan masyarakat untuk menjual hasil tanah, dan sebagai akses anak-anak ke sekolah dan ke pusat kesihatan. Jadi jalan itu sangat penting," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Keadaan jalan yang teruk itu ujarnya juga menyebabkan seorang wanita hamil dan janinnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Agrabinta untuk bersalin.
"Kejadian wanita hamil dan bayinya maut berlaku sekitar 2022.
"Wanita hamil itu terpaksa diusung dengan pengusung oleh penduduk untuk ke tempat pengambilan ambulans.
"Bagaimanapun, kerana terlalu lama berada di jalan raya, wanita hamil dari Kampung Mulyasari itu meninggal dunia," katanya.
Dalam pada itu, pentadbiran Kampung Neglasari dilapor pernah cuba melakukan pembaikan namun dengan hanya menggunakan batu pada 2015.
Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama, kerana jalan itu sering digunakan lori dan kenderaan sarat dengan hasil pertanian.
“Setakat ini, pentadbiran Kampung Neglasari hanya mampu membina jalan sepanjang 100 kilometer dengan hanya menggunakan bajet Dana Kampung (DD), Aspirasi, dan Banprov,” katanya.
Tambah Nasihin, pihaknya sudah berulang kali mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada wakil kerajaan perancangan bandar di Kabupaten Cianjur namun masih tiada pembaikan dibuat.
“Menurut mereka, pembaikan belum dilakukan, kerana keterbatasan bajet, dan kapasiti Belanjawan Wilayah Cianjur masih kecil, mungkin mengutamakan jalan lain,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram