[VIDEO] Tak sempat pergi majlis kebumi, 11 guru tadika di Jawa Tengah terkorban nahas bas mini dirempuh lori pasir dekat curam maut


  • Benua
  • Khamis, 08 Mei 2025

Seramai 11 mangsa maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori pengangkut pasir dan bas mini di erkampungan Kalijambe, daerah Purworejo, Jawa Tengah pada Rabu.

INDONESIA dikejutkan dengan tragedi menyayat hati selepas sebelas guru tadika terkorban dalam satu kemalangan melibatkan sebuah lori pengangkut pasir dan bas mini dinaiki kumpulan tersebut di perkampungan Kalijambe, daerah Purworejo, Jawa Tengah pada Rabu.

Difahamkan, ketika kejadian, rombongan guru dari daerah Magelang itu sedang dalam perjalanan menghadiri upacara pengebumian di Purworejo.

Ketua Polis Purworejo, Andry Agustiano berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bas mini yang berada di laluan menuruni bukit itu.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Foto memaparkan gambar antara guru yang maut dalam tragedi kemalangan pada Rabu. — Facebook

Enam lagi mangsa lain yang terlibat termasuk pemandu lori dilaporkan turut tercedera dalam kejadian tersebut dan sedang dirawat di hospital.

Kemalangan berkenaan juga menyaksikan lori terbabit turut merempuh sebuah rumah sehingga musnah.

Foto dikongsikan di tempat kejadian memaparkan keadaan bas mini berkenaan yang hancur sepenuhnya akibat impak kemalangan.

Nahas jalan raya bukan perkara asing di Indonesia, berikutan tahap keselamatan rendah dan infrastruktur yang daif.

Untuk rekod, lokasi kemalangan yang merupakan jalan utama menghubungkan Kabupaten Purworejo dan Magelang di Dusun Sorogenen Lor, Desa Kalijambe, Kecamatan Bener, Purworejo dikenali kerana ia memerlukan pendakian cukup mencabar.

Disebabkan tahap kecuraman jalannya, ia turut dipanggil sebagai laluan tengkorak kerana kekerapan kemalangan maut yang berlaku di lokasi terbabit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram