[VIDEO] Ingatkan ‘regular customer’, wanita Riau sumbat tin sardin hampir RM30,000 dalam seluar sepanjang 2 tahun


  • Benua
  • Rabu, 07 Mei 2025

Tangkap layar video tular memaparkan wanita terbabit ditangkap ketika cuba mencuri beberapa tin sardin daripada kedai runcit terbabit.

KEGIATAN sebenar seorang wanita yang dianggap sebagai pelanggan tetap terbongkar apabila dia ditangkap mencuri bekalan tin sardin di premis tersebut baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga dikatakan sudah melakukan perbuatan itu selama dua tahun.

Menurut laporan media tempatan, kegiatan itu terbongkar pada Sabtu lalu selepas ia disedari oleh pemilik kedai runcit terbabit yang terletak di Pekanbaru, wilayah Riau, Indonesia.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

Rakaman mengenai pembongkaran terbabit turut tular sejak Rabu memaparkan wanita terbabit ditangkap bersama sebanyak 19 tin sardin.

Selain menyorokkan barangan di dalam beg, suspek yang berusia 34 tahun terbabit turut menyimpan tin sardin berkenaan di dalam seluar dan pakaiannya.

Difahamkan, sepanjang tempoh dua tahun, pemilik kedai terbabit mengalami kerugian dianggarkan bernilai lebih 100 juta rupiah (RM26,000).

Dalam pada itu, polis dilapor sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai tindakan lanjut yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap suspek. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram