Ragam gaya selebriti di Met Gala, gaya 'tailored' rona kelam jadi pilihan


  • Relaks
  • Rabu, 07 Mei 2025

Dari kiri: Tracee Ellis Ross, Janelle Monae dan Lupita Nyong'o. - Gambar agensi

Met Gala telah berlansung pada 5 Mei di Metropolitan Museum of Art, New York dimana ia adalah sebuah acara tahunan berprestij yang diadakan bagi mengumpul dana untuk Costume Institute di The Metropolitan Museum of Art, New York.

Acara fesyen ini membawa tema  "Superfine: Tailoring Black Style"  yang diinspirasikan oleh buku Monica L. Miller bertajuk 'Slaves to Fashion: Black Dandyism and the Styling of Black Diasporic Identity'.

Seperti biasa, laluan bertangga di muzium berkenaan menjadi pentas utama untuk selebriti menonjolkan gaya unik mereka dengan penuh anggun.

Berikut majoriti kongsikan sepuluh barisan selebriti yang mengenakan busana yang memukau:

1. Zendaya

Zendaya hadir ke Met Gala 2025 dengan mengenakan sut putih yang cantik diiringi dramatic hat daripada Louis Vuitton.

Sut putih itu digayakan oleh kolaborator lamanya, Law Roach dan diilhamkan daripada filem Mahogany 1975 Diana Ross's  

Tahun ini merupakan kali ke tujuh pelakon yang baru bertunang ini hadir ke Majlis Met Gala dan sebelumnya dia pernah mengenakan pakaian daripada Michael Kors dan Versace.

2. Dua Lipa

Sebagai duta jenama, penghibur ini sekali lagi mengenakan gaun Chanel untuk penampilannya di acara fesyen paling berprestij tersebut. 

Dua Lipa tampil memukau dalam rekaan khas Chanel seiring dengan tema "Tailored for you".

Penyanyi lagu 'New Rules ini' mengenakan gaun sifon yang dipadankan dengan jaket tweed hitam berlabuci, peplum bulu dan cape organza penuh kilauan.

Gaun khas Chanel ini mengambil masa lebih 2,000 jam untuk disiapkan dan dihiasi dengan 45,000 mutiara, kristal dan sulaman halus.

3. Diana Ross

Setelah sekian lama tidak menghadiri Met Gala, Seniwati disegani yang dikenali sebagai 'Queen of Motown Records' ini tampil anggun dengan mengenakan gaun dengan penuh labuci mewah.

Penyanyi yang berusia 81 tahun ini sememangnya mencuri tumpuan ramai dek kerana gaun putihnya yang indah menghampari laluan masuk, menampilkan ekor gaun sepanjang 18 kaki yang disulam dengan nama anak-anak dan cucu-cucunya.

Pakaian itu adalah kerjasama antara beliau, anaknya Evan Ross, dan pereka Nigeria Ugo Mozie.

4. Monica Barbaro

Monica Maria Barbaro kelihatan tampil elegan bergaya dengan penampilan jaket Bar sutera Dior yang dipadankan dengan 'circle black tulle skirt'.

Calon Oscar ini juga mengenakan topi dan Broach Monete berlian Bulgari di lapiknya menambah sentuhan terakhir yang sempurna dengan penampilan Dior hitam putihnya itu.

Menurut pelakon berusia 35 tahun ini, Barbaro percaya bahawa keyakinan datang dari dalam dan bergantung kepada keupayaan untuk mengekspresikan diri melalui fesyen melalui temubual bersama sebuah majalah.

5. Lana Del Rey

Penyanyi lagu 'Brooklyn Baby' itu tiba ke acara fesyen itu dengan memakai pakaian dari koleksi Valentino Vertigineux Haute Couture, yang direka oleh pengarah kreatif baharu jenama itu, Alessandro Michele.

Penampilan penyanyi berusia 40 tahun ini terdiri daripada korset baldu hitam dan skirt satin coklat yang mengembang hingga ke permaidani dan dihiasi dengan panel renda bunga di bahagian belakang serta 'black bow' diletakkan pada bahagian kiri bahunya.

Selain itu, aksesori yang dikenakan iaitu anting-anting perak yang berbentuk bulat itu menyerlahkan lagi kecantikan beliau.

6.Andre 300

André 3000 kembali ke karpet merah Met Gala untuk pertama kalinya sejak 2008 dengan penampilan yang benar-benar luar biasa.

Beliau mengenakan jumpsuit Burberry yang dihiasi dengan payung kecil disulam.

Apa yang menarik perhatian ramai, beliau membawa sebuah 'piano grand' di belakangnya, sebagai penghormatan kepada EP terbarunya, '7 Piano Sketches'.

Gaya uniknya itu disempurnakan dengan beret merah dan beg sampah hitam yang mengundang tanda tanya ramai orang.

7. Bad Bunny

Penyanyi dan penyanyi rap Puerto Rico tiba di permaidani Met Gala 2025 dengan memakai sut Prada berwarna coklat.

Bad Bunny menggabungkan tema Met Gala tahun ini dengan warisannya sendiri yang diilhamkan oleh budaya Afro-Caribbean.

Beliau mengenakan sut coklat gelapnya yang dihiasi dengan 600 kristal kuning, beg boling kuning dan coklat.

Selain itu, lelaki berusia 31 tahun itu memakai topi Pava berwarna coklat gelap, yang digunakan oleh petani seperti pemotong tebu dan pemetik kopi yang juga simbolik kepada tradisi kehidupan desa.

8. Rihanna

Rihanna muncul di atas permaidani dalam sut wool khas rekaan Marc Jacobs lengkap dengan jaket Spencer.

Beliau menyempurnakan keseluruhan penampilannya dengan memadankan sut tersebut bersama bodysuit bustier berjalur dan skirt pinstripe.

Gaya ini dilengkapkan dengan topi bersaiz besar hasil kolaborasi Marc Jacobs x Stephen Jones.

Seperti setiap tahun, penampilan Rihanna memukau, namun kali ini, kehamilannya yang paling mencuri perhatian ramai.

9. Jennie Kim

Untuk tahun ketiga berturut- turut artis Korea kumpulan K-pop terkenal, Blackpink ini menghadiri acara fesyen ini.

Penampilan Jennie juga tidak kurang hebatnya apabila beliau mengenakan rekaan khas Chanel tanpa tali yang menampilkan kemasan sutera di bahagian atas dihiasi butang mutiara dan lapisan putih yang menonjol dari bawah.

Selain tu, dua rantai mutiara tebal yang dikenakan, melengkapkan gaya klasiknya.

Penyanyi berusia 29 tahun ini juga mengenakan topi boater dua tona yang sepadan dengan busana anggun beliau serta kasut tumit tinggi hitam pekat sebagai pelengkap keseluruhan penampilannya.

10. Gigi Hadid

Gigi Hadid membuat ramai terpegun dengan buasana gaun halter rekaan khas Miu Miu yang berwarna emas baldu.

Gaun tersebut dihiasi kristal jernih dan perincian berlipat di bahagian pinggang, menonjolkan siluet jam pasir yang anggun.

Ia memberi penghormatan kepada dua wanita kulit hitam yang menukar fesyen selama-lamanya iaitu pereka Zelda Wynn Valdez dan penyanyi ikonik, penari dan pelakon, Josephine Baker.

Model berusia 30 tahun ini memadankan penampilan itu dengan anting-anting perak dan beberapa cincin serta rambutnya yang berwarna perang keemasan digayakan dengan ikal ikal yang disematkan di bahagian atas kepalanya.-Majoriti.

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

Artikel Berkaitan: