
PERKEMBANGAN dunia bola sepak moden, pergerakan pantas, kawalan bola yang tepat serta kreativiti di atas padang adalah kunci kejayaan seorang pemain.
Untuk itu, pemilihan but yang sesuai bukan sekadar soal gaya, tetapi juga prestasi.
Puma, jenama sukan terkenal dari Jerman, tampil dengan satu lagi inovasi menerusi model terbaharunya iaitu Puma Future 8 Ultimate.
BACA LAGI: 'Gypsum board' solusi renovasi rumah jimat tanpa perlu pecah dinding
BACA LAGI: Anak buat gaya wajah pelik bila fokus? Ini mungkin simptom awal 'lazy eye'
Model itu bukan sahaja mencuri perhatian dari segi rekaan, malah menjanjikan prestasi tinggi buat pemain yang gemar mencipta magis dari pelbagai posisi.
Rekaan Puma Future 8 Ultimate direka untuk menyokong pergerakan tidak konvensional.
Rekaan futuristik yang agresif
Sekali pandang, Puma Future 8 Ultimate jelas tampil dengan penampilan yang berani.
Gabungan warna terang neon, corak bersilang dinamik serta logo Puma yang dominan menjadikan but itu tampak moden dan ‘garang’.
Tapi bukan sekadar rupa, rekaan itu direka untuk menyokong pergerakan tidak konvensional sesuai bagi pemain yang kreatif seperti bintang dunia, Neymar Junior.
Bintang kelahiran Brazil itu juga antara duta utama model Future.
Teknologi FUZIONFIT360: Sokongan dan fleksibiliti maksimum
Apa yang membezakan Future 8 dengan model sebelumnya adalah penggunaan teknologi FUZIONFIT360 iaitu gabungan fabrik jala (knit) dan compression band membalut bahagian tengah kaki dengan sangat kemas.
Sama ada anda memakai dengan atau tanpa tali, sistem itu memberikan sokongan yang stabil, terutamanya ketika melakukan perubahan arah dengan laju atau gerakan eksplosif.
Ia terasa ‘mencengkam’ kaki tanpa menyekat kelincahan.
Tapak but dengan Powerplate 2.0
Bahagian tapak but itu dilengkapi dengan Powerplate 2.0 outsole, iaitu tapak ringan yang direka untuk memaksimumkan kuasa tolak dan pantulan semasa berlari atau melakukan sprint.
Sama ada bermain di padang rumput semula jadi atau turf moden, stud berbentuk kon dan bilah memberi cengkaman yang mantap, tanpa mengorbankan kelajuan.
Sentuhan bola lebih padu dengan 3D Texture Zones
Permukaan atas Future 8 turut diperkuatkan dengan 3D textured grip zones iaitu corak timbul yang membantu kawalan bola lebih baik ketika membuat gelecekan, hantaran atau sepakan.
Ini sangat berguna ketika bermain dalam cuaca lembap atau padang licin, yang mana sentuhan pertama dan ketepatan kawalan menjadi penentu.
Selesa sepanjang perlawanan
Dari segi keselesaan, Future 8 jelas menepati citarasa pemain profesional.
Bahagian dalamannya empuk, ringan dan direka untuk kegunaan 90 minit tanpa menyebabkan kaki melecet atau terlalu berpeluh.
Material knit yang digunakan juga membantu peredaran udara dan memberikan keselesaan berpanjangan walaupun perlawanan berlangsung sengit.
Siapa sesuai pakai Future 8?
Model ini sesuai untuk:
1. Pemain tengah kreatif yang kerap mengawal permainan.
2. Pemain sayap dan penyerang yang banyak bergerak lincah serta melakukan perubahan arah.
3. Pemain futsal atau bola padang yang mahukan sentuhan tepat dan kawalan penuh.
Jika anda seorang pemain yang mahu kebebasan bergerak dengan kawalan maksimum, Puma Future 8 Ultimate adalah antara but paling sesuai di pasaran sekarang.
Puma Future 8 Ultimate bukan sekadar but bola, tetapi satu alat taktikal untuk pemain yang mahu mengubah permainan.
Dengan teknologi terkini, rekaan futuristik dan prestasi tinggi, ia menjadi pilihan ideal bagi mereka yang serius dalam permainan mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram