[VIDEO] Enggan jadi mangsa gangguan seksual, pempengaruh wanita 'confront' depan-depan ketika buat 'content' di tangga


  • Benua
  • Khamis, 01 Mei 2025

Mansi melahirkan rasa kecewa terhadap stigma masyarakat yang sering mengaitkan kejadian gangguan seksual dengan cara pemakaian wanita. — Instagram/i_mansi_21

SEORANG pempengaruh media sosial bertindak melempang seorang individu selepas diganggu ketika menghasilkan video kandungan di tangga sebuah pangsapuri.

Pencipta kandungan berasal dari India, Mansi Suravase berkongsi rakaman kejadian tersebut di akaun Instagram miliknya, i_mansi_21 pada Ahad.

Berdasarkan rakaman tersebut, Mansi difahamkan sedang merakam video di tangga sebuah pangsapuri sebelum muncul seorang lelaki yang secara tiba-tiba menyentuh lengan wanita itu ketika melintasinya.

BACA LAGI:Wanita lebih rendah guna AI, ChatGPT berbanding lelaki, bimbang digelar menipu

BACA LAGI:Wanita lebih rendah guna AI, ChatGPT berbanding lelaki, bimbang digelar menipu

 

 

Gangguan itu tetap berlaku meskipun Mansi sudah beralih ke tepi bagi memberi ruang kepada lelaki terbabit untuk berjalan.

Berang dengan tindakan tersebut, Mansi segera menoleh ke belakang dan menarik tangannya seraya menegur lelaki terbabit atas kelakuan tidak senonohnya.

Selepas berlaku sedikit pertengkaran, pempengaruh itu kemudian menampar lelaki tersebut sebagai tanda protes terhadap perbuatannya.

Mansi turut memaklumkan, beliau bersama beberapa individu lain telah pergi ke rumah lelaki tersebut untuk menunjukkan bukti rakaman kejadian.

Menurutnya, keluarga lelaki itu bagaimanapun mendakwa individu berkenaan mengalami masalah kesihatan mental.

Namun bagi Mansi, alasan itu tidak boleh diterima sebagai justifikasi terhadap kelakuan tidak senonoh yang dilakukan.

“Saya sedang merakam video secara rawak, itu pun di bangunan tempat tinggal saya sendiri, sebelum lelaki ini tiba-tiba bertindak sedemikian.

"Apabila kami pergi ke rumahnya dan tunjuk bukti video, keluarganya kata dia ada masalah mental.

"Mungkin dia ada masalah otak, tapi adakah ia alasan untuk bertindak sesuka hati? Dari sudut mana dia kelihatan seperti pesakit mental?” tulisnya dalam kapsyen video tersebut.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa terhadap stigma masyarakat yang sering mengaitkan kejadian gangguan seksual dengan cara pemakaian wanita.

“Orang menilai berdasarkan pakaian. Saya berpakaian sopan kali ini, tapi dia tetap buat begitu.

"Adakah ia betul? Malu pada orang seperti ini. Saya 10,000 peratus yakin, walaupun pakai sari atau kurta, perkara yang sama tetap akan berlaku,” luahnya.

Video berkenaan mendapat perhatian luas di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-rata menyokong tindakan Mansi mempertahankan diri serta mengecam perbuatan lelaki tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram